Monday, 1 July 2013

Lelaki Pakistan dakwa diancam bila cuba mengundi

Seorang lelaki Pakistan yang berhijrah ke Sabah dan memiliki kad pengenalan bewarna biru dengan cara yang diragui berkata, beliau telah diancam oleh penduduk tempatan apabila cuba untuk mengundi dalam satu pilihan raya.

Abdullah Mahmod, 55, yang tiba di Sabah dari Kuala Lumpur bersama bapa saudaranya ketika berusia 10 tahun berkata, beliau mendapat kad pengenalan biru itu tanpa memerlukan sebarang dokumen yang dikehendaki.

"Apabila Harris Salleh menjadi ketua menteri, saya pergi ke Kota Kinabalu untuk memohon kad pengenalan dan mereka (Jabatan Pendaftaran Negara) meminta saya berikan gambar saya.

"Saya beritahu mereka, saya buta huruf supaya mereka boleh isikan borang untuk saya. Selepas itu, saya mendapat kad pengenalan biru," kata Abdullah dalam inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah hari ini.

Selain itu, Abdullah juga berkata, kad pengenalannya juga menunjukkan bangsanya ialah 'Melayu'.

Komen Anda

0 Responses to "Lelaki Pakistan dakwa diancam bila cuba mengundi"