Tuesday, 23 July 2013

Idris Jusoh konfiden BN Menang Majoriti 4000

Pilihanraya kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Terengganu hebat dengan turun projek seperti air hujan dari langit dan pengundi pengundi Kuala Besut cukup mewah dengan habuan bantuan dan wang dari Barisan Nasional.

Malah Dato' Sri Idris Jusoh menteri Pelajaran merangkap pakar strategi PRK Dun Kuala Besut cukup optimis calun Barisan Nasional (BN/UMNO) bakal menang dengan majoriti 4000 undi. Jangkaan atau ramalan Idris Jusoh ada munasabahnya dan memang telah terbukti kerja dan rancangan Idris Jusoh menjatuhkan kerajaan PAS Terengganu yang lalu.

Idris Jusoh telah ada strategi dan modas operandi yang nakal menghadapi pilihanraya kecil Dun Kuala Besut. Idris Jusoh sudah tahu dari awal lagi calun BN/UMNO menang dengan majoriti yang tinggi.

Itu jangkaan atau ramalan Idris Jusoh terhadap calun BN. Bagaimana pula jika pilihanraya kecil Dun Kuala Besut calun BN/UMNO kalah?. Pada PRU yang lalau calun BN/UMNO menang dengan majoriti 2,434.. Idris Jusoh cukup optimis calun BN/UMNO menang dengan tambahan 2,000 undi. Dari mana Idris Jusoh mendapat bekalan pengundi ?.

Hanya tinggal satu hari lagi tarikh buang undi PRK Dun Kuala Besut. Rakyat Dun Kuala Besut cukup mewah dengan makanan dan hadiah dan sumbangan dari hampir semua kementerian yang ada dalam Malaysia.

Dari firasat kami pengundi Dun Kuala Besut tidak tukar wajah politik benda dan hadiah dari BN/UMNO. Mungking mereka berada dalam dunia kemiskinan dan otakfikir masih dibelengu oleh dakyah BN/UMNO selama 50 tahun.

Pilihanraya kecil DUN Kuala Besut cukup mahal dan berharga tinggi. Barisan Nasional terpaksa dan mengadakan projek projek hampir RM400 juta. Jika benar projek yang dijanjikan itu benar benar terjadi 16,000 rakyat DUN Kuala Besut tetap berada dalam kelompok kemiskinan yang tegar.

Malah yang kaya dan mewah adalah kroni pemimpin UMNO pusat dan negeri Terengganu yang bolot projek projek RM400 juta. Bertambah kayat lagi kroni BN/UMNO limpahan projek Di Dun Kuala Besut.

Rakyat DUN Kuala Besut hanya makan angin dan hembus angin pantai Laut China Selatan. sekian .

-Oleh: mohdnoorawang

Komen Anda

0 Responses to "Idris Jusoh konfiden BN Menang Majoriti 4000"