Monday, 15 July 2013

Anggota MCA desak Soi Lek letak jawatan

Lima pengerusi bahagian MCA menggesa presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meletak jawatan berikutan sikap ambil mudah terhadap resolusi parti yang mengakibatkan kecelaruan dan keaiban ahli parti berkenaan.

Gesaan itu dibuat Ketua Bahagian Teluk Intan, Datuk Seri Kuan Peng Soon; Ketua Bahagian Kuala Krau, Datuk Yap Ke Huat; Ketua bahagian Paya Besar, Datuk Eng Fook Heng dan Ketua Bahagian Kuala Selangor, Tan Chong Seng.
Pada kenyataan media bersama itu, mereka menyifatkan MCA kini menjadi bahan ejekan dan menggesa Chua supaya segera meletak jawatan bagi membolehkan parti melakukan transformasi.

Mereka turut menyenarai tujuh perbuatan yang didakwa dilakukan Soi Lek hingga menjadikan menjejaskan kredibiliti MCA, antaranya sikap dolak daliknya untuk meletak jawatan dan isu jawatan pemimpin MCA dalam kerajaan

Antaranya, Soi Lek berulang kali mengumum untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang tetapi tidak berbuat demikian, selain kenyataan terhadap parti SUPP yang akhirnya memakan diri. 14 Julai, 2013. -TMI

Komen Anda

0 Responses to "Anggota MCA desak Soi Lek letak jawatan"