Tuesday, 18 June 2013

Bekas KM akui KL boleh ubah demografi Sabah

Bekas Ketua Menteri, Datuk Sabah Harris Salleh pernah mengakui bahawa kerajaan persekutuan mampu mengubah demografi Sabah untuk memihak kepada mereka jika kerajaan negeri yang diterajui PBS tidak 'dengar cakap'.

harris mohd salleh former sabah chief ministerHarris membuat pengakuan itu dalam buku bertajuk "Harris Salleh of Sabah" yang ditulis oleh Paul Raffaele pada 1986, kata Setiausaha Agung Upko, Wilfred Madius Tangau kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah di Kota Kinabalu hari ini.

harris mohd salleh former sabah chief ministerMembaca dari buku tersebut yang tidak lagi diterbitkan dalam negara, Wilfred memetik Harris (kiri) sebagai berkata Kuala Lumpur
akan memastikan hak orang Melayu di Sabah dilindungi dan akan campurtangan jika kerajaan negeri yang diterajui PBS mengambil tindakan bersendirian.

"Kerajaan Persekutuan boleh mendaftar mana-mana pelarian dalam tempoh tiga jam, tiga hari, tiga bulan atau tiga tahun.

"Sudah pun di Kudat, kawasan PBS sekarang, lebih 3,000 Filipina mempunyai IC dan apabila mereka berdaftar untuk mengundi, kerusinya adalah Usno sekurang-kurangnya untuk sepanjang abad ini.

"Corak yang sama boleh dilakukan di seluruh Sabah supaya orang Kadazan menjadi minoriti kecil," Wilfred memetik Harris sebagai berkata dalam buku tersebut.

PBS, yang dilihat sebagai sebuah parti bumiputera bukan Islam, menang pada tahun 1985 selepas berpecah daripada parti pemerintah, Berjaya, sebuah parti komponen BN.

Berjaya bergabung dengan Usno pada tahun 1990 untuk membentuk Umno Sabah dan sebagai sebahagian daripada BN negeri, ia menumbangkan kerajaan negeri yang diterajui PBS pada 1994 melalui lompat parti, selepas PBS menang tipis dalam pilihan raya negeri pada tahun tersebut.

Kejatuhan PBS didahului oleh sekurang-kurangnya dua operasi rahsia yang melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membolehkan warga asing mengundi di antara tahun 1990 dan 1995, satu operasi oleh sekumpulan yang digelar sebagai G17 dan satu lagi operasi yang digelar "Ops Durian Buruk". -MK

Komen Anda

0 Responses to "Bekas KM akui KL boleh ubah demografi Sabah"