Wednesday, 8 May 2013

LIVE Himpunan Rakyat Tolak PRU-13

Kira-kira 50,000 sudah memenuhi stadium dan ramai daripada mereka terpaksa berjalan jauh ekoran kesukaran mencari tempat letak kereta.

8.50pm Hujan telah berhenti beberapa minit lepas dan peserta himpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" tidak lagi menggunakan payung. Anggota Parlimen Kelana Jaya Wong Chen yang baru beberapa hari terpilih mula berucap kepada penonton.

8.45pm:
Ramai pemimpin Pakatan masih tidak sampai ke tempat acara kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya, antaranya Elizabeth Wong dan Tian Chua.

8.40pm: Jalan raya dibanjiri kereta bermula dari persimpangan Lebuh Raya Persekutuan sehinggalah ke pusat membeli-belah Paradigm Mall.

Sebahagian hadirin himpunan malam ini meletak kereta mereka di tepi jalan raya utama dan berjalan kaki hampir satu kilometer ke Stadium Kelana Jaya.8.39pm: kesesakan teruk lalulintas dilaporkan di sekitar stadium. Beberapa peserta perlu berjalan lebih 2km untuk mendapatkan tempat.

"Saya terperangkap dalam 'tempat letak kereta' terbesar di dunia. Tidak bergerak seinci pun selama hampir 15 minit," lapor wartawan Malaysiakini Aidila Razak.

NONEMereka yang telah sampai ke stadium pula mendapati sukar untuk mencari ruang letak kereta.

8.15pm:
Puluhan ribu orang sudah berada di dalam stadium. Hujan renyai-renyai berterusan dan orang ramai berpayung mereka atau memakai baju hujan.

7.30pm: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berucap kepada penyokongnya buat kali pertama malam ini sejak pilihan raya umum Ahad ini, yang didakwanya dicemari dengan penipuan untuk memastikan kemenangan BN.

Perhimpunan di Kelana Jaya itu dijangka menarik kehadiran yang
besar yang tidak sabar lagi untuk mendengar ucapan pemimpin mereka selepas pilihan raya yang keputusannya membuat ramai penyokong Pakatan Rakyat tidak berpuas hati.

Orang ramai secara memenuhi ruang stadium yang pada masa ini sekitar satu perempat penuh kerana hujan renyai-renyai di stadium Kelana Jaya.

Tiada kehadiran polis dilihat walaupun terdapat spekulasi bahawa polis akan mengadakan kawalan ketat di sekitar stadium, yang menempatkan 50,000 penyokong semasa perhimpunan pra-pilihan raya dahulu. -MK

Komen Anda

0 Responses to "LIVE Himpunan Rakyat Tolak PRU-13"