Monday, 20 May 2013

Dakwa Pengerusi SPR Isu Penipuan Dakwat Kekal?

Jingga 13 mendesak Ketua Polis Negara yang baru agar menangkap dan mendakwa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas jenayah yang tidak boleh dimaafkan iaitu menipu rakyat Malaysia di atas kes DAKWAT KEKAL yang TIDAK KEKAL.

Pelbagai laporan polis dibuat terhadap kes tersebut ternyata sedikit pun tidak memberikan kesan terhadap jenayah yang dilakukan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang juga turut melibatkan jutaan Ringgit Malaysia wang rakyat.

Alasan kononnya petugas SPR yang tidak “menggoncangkan” botol dakwat pada proses pengundian awal anggota tentera pada 30 April 2013 adalah satu penipuan dan pembohongan kerana pengundian berlaku pada 5 Mei 2013 juga masih berlaku kes yang sama!

Ternyata dakwat yang dibeli oleh pihak SPR adalah tidak berkualiti dan tidak kekal sepertimana yang diwar-warkan oleh SPR.

Adakah wujud komisyen daripada pembelian dakwat yang tidak berkualiti tersebut sehingga dipertahankannya sedemikian rupa sedangkan ternyata tidak berkualiti dan merugikan wang rakyat??

Jingga 13 mendesak agar satu siasatan secara menyeluruh dilakukan terhadap pembelian dakwat yang tidak berkualiti tersebut. Tangkapan dan pendakwaan wajar dibuat terhadap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR oleh pihak polis kerana terhadap banyak laporan polis berkaitan isu tersebut.

Tindakan dengan PANTAS terhadap beberapa blogger Milosuam, King Jason dan terbaru terhadap Aktivis Mahasiswa Adam Adli menunjukkan dwi-standard Ketua Polis Negara baru begitu tunduk dengan sang penguasa dengan menggunakan undang-undang tetapi bersikap berbeda terhadap mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan Umno BN seperti SPR sedangkan jutaan RM wang rakyat dibazirkan begitu sahaja dari tindakan penipuan mereka.

Fariz Musa
Ketua Koordinator
Jingga 13 Malaysia

Komen Anda

0 Responses to "Dakwa Pengerusi SPR Isu Penipuan Dakwat Kekal?"