Thursday, 9 May 2013

Azmin Ali Dan Kemelut PKR Selangor?

Menurut berita yang diterima, Azmin Ali akan mengadakan satu sidang media di Hotel De Palma, Ampang kira-kira jam 11 pagi. Walau bagaimana pun maklumat ini masih belum disahkan.

Sidang media ini dikatakan ada kaitan jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula menjadi menteri besar di Selangor.

Walaubagaimana pun ada sedikit pencanggahan maklumat, jika dilihat kenyataannya di Sinar Harian. Azmin menafikan dia akan keluar PKR malah dia kata PKR sebati dengan jiwa dan raganya.

Isu mood Azmin yang tidak menentu sudah lama, ini banyak berkaiatan dengan MB Selangor. Azmin banyak mengkritik Khalid seolah-olah Khalid lebih mementingkan 'orang-orang'nya.

Kenyataan ada persamaan dengan kenyataan adiknya Azwan Ali.

"Saya telah mendengar ura-ura abang saya akan menjadi MB sejak 2011, jadi ia bukan sesuatu yang baru. Ia merupakan satu kelebihan bagi Selangor kerana Azmin seorang pemimpin yang baik dan akan membawa Selangor ke peringkat yang lebih tinggi.

"Saya tak cakap Tan Sri Khalid Ibrahim tak bagus cuma lebih baik jika tidak membandingkan keduanya. Tidak adil membuat perbandingan kerana Azmin abang saya. Tetapi ramai yang menyukai beliau dan itu merupakan aura magnetik tentangnya.



Dalam twitter Azmin Ali dilihat banyak membuat kenyataan bercanggah dengan DS Anwar Ibrahim. Dia seolah-olah mengkritik cara Anwar Ibrahim menangani PRU13.

Malah dalam nada sinis, dia seolah-olah menyalahkan Anwar. Malah dalam twitternya dia tidak bersetuju dengan program di Stadium Kelana Jaya. Katanya "Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal". Malah Azmin tak kelihatan malam tadi.

Apa pun kita tunggu besok.. Dalam politik banyak perkara boleh berlaku. Esok boleh jadi lain. Walaupun saya tak berapa suka Azmin tapi saya harap perkara ini tak berlaku demi masa depan perjuangan PKR dan PR.


Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

Komen Anda

0 Responses to "Azmin Ali Dan Kemelut PKR Selangor?"