Friday, 5 April 2013

UMNO Yang Pengganas, Dituduhnya Pakatan

Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid tidak menolak kemungkinan Umno sendiri sedang merancang keganasan dan huru-hara dalam Pilihan Raya Umum ke 13.



Beliau merujuk kenyataan bertali arus pimpinan Umno mendakwa kononnya Pakatan akan melakukan huru-hara ketika PRU kali ini.

Terbaru tuduhan berkenaan dibuat Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin, dalam video yang dimuatnaik ke dalam Youtube.

“Pada saya, Umno BN sudah kehabisan modal politik. Sebelum ini dalam pelbagai ceramah dan jelajah, kita yang menjadi mangsa sasaran keganasan mereka. Sekarang mereka cuba nak terbalikkan fakta pula.

“Saya rasa mereka (Umno BN) sebenarnya dalam usaha merancang keganasan jika ditakdirkan kalah pada PRU nanti dan ini tidak mustahil,” kata Ghafir ketika dihubungi.

Ahmad Maslan dan Zulkifli Nordin dalam video yang diterbitkan media Umno menuduh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sedang merancang huru hara sepanjang kempen PRU 13.

Ahmad Maslan dalam video tersebut mendakwa mempunyai bukti penglibatan pimpinan Pakatan Rakyat mengajar ahli bawahan mencetus keganasan seperti membuat demonstrasi jalanan dan sebagainya.

Manakala Zulkifli pula mendakwa Anwar sudah membuat gerakan untuk mempertikaikan keputusan PRU supaya penyokong Pakatan Rakyat marah dan turun ke jalan raya.

Menyifatkan tuduhan tersebut tidak berasas, Ghafir berkata Pakatan memberi jaminan peralihan kuasa akan berlaku aman dalam PRU ini.

“Sudah berkali-kali kita tekankan, jika Pakatan Rakyat mencapai kemenangan dan berjaya membentuk kerajaan baru, peralihan kuasa itu akan berjalan secara aman tanpa apa-apa insiden keganasan,” katanya. -GB

Komen Anda

0 Responses to "UMNO Yang Pengganas, Dituduhnya Pakatan"