Friday, 19 April 2013

UMNO Pening, DAP masuk PAS?

Entah apa gerangan sebabnya DAP memutuskan akan menggunakkan lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Serawak sekiranya ROC tidak menarik balik keputusannya menjelang pukul 3 petang ini.

DAP tidak percaya kepada SPR tetapi yakin pada PAS. Barangkali inilah akibatnya gambar yang dipaparkan di markas UMNO, gambar yang menunjukkan TGHH berpelukan dengan LKS.Sekaligus akan memeningkan kepala pemikir UMNO kerana dakwaannya PAS kuda tanggungan DAP kerana simboliknya penggunaan lambang PAS ini ialah DAP masuk PAS, bukan PAS kuda DAP.

DAP tidak akan menjadikan PAS kuda seperti Ibrahim Ali tetapi berusaha menang PRU dengan bekerjasamsa dengan PAS.Dan PAS tidak akan teragak agak memenuhi permintaan DAP yang sedang disusahkan oleh ROC, satu lagi Kuda Tunggangan UMNO.

UMNO bersungguh sungguh mahu menunjukkan DAP parti perkauman yang didominasikan oleh orang Cina yang bercita cita merampas kuasa politik dari orang melayu.Pada UMNO, DAPlah penghalang kepada usaha mereka untuk bekerjasama dengan PAS bagi mengukuhkan kuasa orang melayu.UMNO semacam tidak melihat bahawa sekarang PAS bukan milik orang melayu sahaja malah sudah melebar kepada orang Cina dan India juga samaada yang berugama Islam atau bukan Islam.

PAS sekarang parti multi nasional yang tidak ada ruang bekerjasama dengan UMNO seperti ditegaskan oleh TGHH kerana UMNO ialah parti perkauman yang menindas kaum lain.PAS bukan sahaja parti Islam, dan inilah barangkali penyebab kenapa DAP mahu menggunakan lambang PAS di Semenanjung kerana penerimaan rakyat yang lebih besar daripada PKR dan mungkin di Sabah dan Serawak PKR lebih dikenali.

Perkara ini bukanlah soal penting tetapi kesediaan Karpal Singh menggunakan lambang PAS cukup memeningkan kepala UMNO yang selama ini mempromosikan kata kata Karpal "Over my dead body"

UMNO boleh menggunakan hujah PAS sudah hilang maruah kerana membenarkan DAP menggunakan lambangnya tetapi ianya agak longgar kerana PAS dan DAP sudahpun bersama dalam PR.Punca kenapa masing masing terpaksa menggunakan lambang parti masing masing kerana lambang PR tidak diluluskan kerana PR kekurangan parti gabungan.Oleh itu menggunakan mana mana lambang parti gabungan bukanlah masalah kerana kesemuanya bertanding dengan nama sebenarnya PR.

Cuma calon DAP bertanding dengan lambang PAS mungkin agak janggal kepada pihak lawan.Penggunaan lambang PAS bakal menyebabkan lebih banyak lambang PAS akan dilihat di kertas undi yang dicetak dan situasi ini mungkin memedihkan mata petugas pilihanraya pro UMNO dan cakap cakap yang lebih meluas "DAP sudah masuk PAS" tidak disukai oleh UMNO. -TKO

Komen Anda

0 Responses to "UMNO Pening, DAP masuk PAS?"