Thursday, 11 April 2013

Senarai Calon BN Yang Mungkin Digugurkan?

Jika perkhabaran seperti yang disiarkan dalam printscreen di bawah ini benar maka ia mungkin faktor penyebab senyap sunyinya Mr Noh Omar.

Noh Omar termasuk dalam senarai orang-orang yang digugurkan oleh BN. BN telah melakukan yang terbaik bagi memenangi hati rakyat dengan menggugurkan mereka yang pernah dikaitkan dengan kontroversi.

Noh Omar adalah seorang yang paling banyak kontroversi di Selangor. Bermula dengan tuntutan oleh petani hingga kepada projek udang.

Hasrat Noh Omar untuk menjadi Menteri Besar Selangor jika BN memenagi pilihanraya di Selangor berkecai apabila dia tidak lagi tersenarai sebagai calon.

Tetapi Noh Omar tidak perlu bimbang kerana BN tidak akan menang di Selangor. Selangor akan tetap milik Pakatan Rakyat.

Anuar Musa Digugur, Ibrahim Ali Calon BN?

Berita Muktahir daripada Bilik Gerakan Negeri Kelantan, Anuar Musa digugurkan daripada menjadi calon BN bagi pilihan raya umum ke-13 nanti. Bekas Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan tersebut, tidak dicalonkan bertanding di mana-mana kerusi, sama ada DUN atau parlimen.

Anuar Musa banyak menghabiskan masa untuk kejayaan pasukan bolasepak Kelantan, The Red Warriors disamping menaikan dirinya dalam politik melalui gerak kerja bola sepak. Pernah mengaku bahawa ada 200,000 penyokong bola sepak dibelakang dia.

Dalam banyak kes yang dimaklumkan bahawa Anuar telah ditempelak oleh Najib dalam beberapa perjumpaan tertutup.

Menurut sumber tersebut, ada gerakan untuk membantah keputusan pengguguran ini melalui kutipan tandatangan. Ketua gerakan desakan ini berkata, mereka akan cuba cara terbaik, tapi sekiranya Najib tidak ambil endah, mereka akan buat cara kasar.

Tidak tahu apa cara kasar yang dimaksudkan tapi saya difahamkan daripada ayat "habis UMNO kali ini" bermaksud mereka akan cah kenting calon UMNO@BN.



Yang manarik pula, dan menambahkan polimik UMNO Kelantan ialah Ibrahim Ali akan bertanding atas tiket BN.

Dalam hal ini Najib diberitakan berkata ada calon Bebas akan bertanding atas tiket BN. Menurut maklumat kenyataan ini setelahorang kanan Tun mahathir berjumpa dengan Najib pada petang 10 April lalu.

Maklumat muktahir, walaupun dalam mesyuarat akhir tak berstuju tetapi atas desarkan daripada Tun Mahathir sendiri menyebabkan ramai pimpinan UMNO 'mati kutu'.

Tun Mahathir mengganggap Ibrahim Ali sebagai "TUAN GURU"

Tun berkata beliau akan berkempen untuk Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket BN pada pilihan raya umum nanti.

Komen Anda

0 Responses to "Senarai Calon BN Yang Mungkin Digugurkan?"