Sunday, 14 April 2013

Semakin Sah Muhd Taib Akan Setai PAS?

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib merupakan tokoh pemimpin yang didakwa akan menyertai PAS tidak lama lagi.

Perkara itu dimaklumkan sumber kepada FMT, mengaitkan bekas menteri besar berkenaan yang juga bekas Naib Presiden Umno sejak 2000 hingga 2003 untuk menyertai PAS.

Minggu lalu satu pendedahan terbaru dibuat Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, bahawa wujud kemungkinan seorang bekas menteri besar menyertai PAS.

Namun Mohammad Nizar menjelaskan pendedahan itu hanya akan dibuat tidak lama lagi.

Muhammad menjadi Menteri Besar Selangor sejak 1986 sehingga 1997.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kal bagi penggal 1982,1986,1990 dan 1995.

“Bukan mana-mana bekas Menteri Besar Perak yang akan menyertai PAS, tapi bekas Menteri Besar itu dari Selangor,” kata sumber kepada FMT.

Pada 11 April 1998, Muhammad terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor setelah mahkamah majistret di Australia memutuskan beliau bersalah membawa keluar wang tunai ke negara itu.

Sementara itu, blogger Abdul Rahman Talib dalam blognya Malaysian Waves berkata ketika harian Bahasa Malaysia Sinar Harian cuba mendapatkan maklumat dari Muhammad, beliau tidak menafikannya.

“Beliau cuma kata beliau tidak mahu komen,” kata Abdul Rahman. -TMI


Salahuddin sahkan bekas menteri besar sertai PAS

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata, bekas menteri besar itu sendiri menghubungi beliau dan menyatakan hasrat tersebut.

"Saya mengesahkan salah seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS.

"Beliau sendiri menelefon saya pagi ini dan memberitahu hasrat itu dan akan menyatakan hasrat itu kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Tambah Salahudin, bekas menteri besar itu akan mengisytiharkan perkara tersebut kepada umum dalam masa terdekat.

"Beliau sendiri akan mengumumkan kemasukan ke dalam PAS dalam masa terdekat ini," katanya.

Harakahdaily difahamkan, bekas MB berkenaan adalah dari negeri utara semenanjung.

Beliau berbuat demikian kerana kesal dengan perebutan, cantas mencantas dan perpecahan teruk yang sedang berlaku dalam Umno sekarang.

. -HD

Komen Anda

0 Responses to "Semakin Sah Muhd Taib Akan Setai PAS?"