Wednesday, 3 April 2013

PR Umum Senarai Calun selepas seluruh DUN bubar.

Dicadangkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat (DAP, PKR, PAS) mengumumkan senarai calun yang bertanding seluruh negara sebaik sahaja semua DUN negeri di Malaysia dibubarkan.

Selepas dewan rakyat telah dibubarkan, Semua dewan undangan negeri (DUN) akan menyusul untuk dibubarkan dalam waktu yang terdekat atau tempuh seminggu dari sekarang.

Pehak SPR akan membuat pengistiharan hari penamaan calun dan hari mengundi selepas semua DUN dibubarkan. Dalam masa yang sama bagaimana kalau dicadangkan kepada pakatan rakyat mengumumkan senarai calun dari sekarang.

Tidak perlu tunggu hari penamaan calun atau sehari sebelum hari penamaan calun. Cukup cantik jika pakatan rakyat mengumunkan senarai calun yang bertanding selepas dewan rakyat dibubarkan .

Rakyat ingin tahu dan kenal lebih dekat lagi walaupun tarikh berkempen belum diumumkan lagi oleh SPR .Mengikut pemimpin pakatan rakyat semua nama calun calun yang bakal bertanding telah selesai.

Itu hanya cadangan kami peringkat bawahan. Rata rata semua kawasan pengundi cukup teruja ingin tahu siapa yang bakal bertanding diatas tiket DAP, PKR, PAS di kawasan masing masing.

Hakikatnya rakyat ingin perubahan dan calun- calun pakatan rakyat boleh bergerak dari sekarang, tidak perlu ada rahsia lagi tentang calun yang bertanding.

Kami mengharap pemimpin pakatan rakyat boleh mempertimbangan cadangan agar calun calun PR yang bertanding diumumkan dari sekarang. -TKO

Komen Anda

0 Responses to "PR Umum Senarai Calun selepas seluruh DUN bubar."