Saturday, 20 April 2013

Pertindihan calon, PAS mesyuarat Isnin ini

Jawatankuasa Harian PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat khas pada Isnin ini bagi membuat keputusan berikutan pertindihan calon PAS dan PKR di beberapa kerusi selepas tamat tempoh penamaan calon hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Penolong Setiausaha Agung PAS Ahmad Sabki Yusof (gambar) dalam satu kenyataan petang ini.

Antara kerusi yang berlaku pertembungantersebut adalah Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, DUN Kota Damansara, DUN Bukit Besi, DUN Kota Putera, DUN Seberang Takir dan DUN Panti.

"Sehubungan dengan itu, semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diminta bersabar sehingga keputusan dicapai oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS Isnin ini," katanya. -HD

Komen Anda

0 Responses to "Pertindihan calon, PAS mesyuarat Isnin ini"