Sunday, 21 April 2013

Pertandingan di Sabah sedikit mendukacitakan

Kata seorang sahabat itulah demokrasi, semua orang boleh masuk calon dalam mana-mana pilihanraya. Betul tu, kata seorang kawan lagi. Sahabat seorang lagi menegaskan demokrasi begitu demokrasi sembrono, demokrasi kaki lima, demokrasi tak ada disiplin dan tak ada syarat dan rukunnya.

Menilai dan memikirkan situasi pertandingan PRU 13 di Sabah tak ubah seperti PRU 12 dan sebelum itu, semua parti dan pemimpin politik Sabah adalah ahli politik ayam mati, kata orang Sabah.

Maaf cakap, politikus Sabah masih mundur dalam berpolitik sebab masing-masing tak ada wawasan, masing-masing hanya fikir ego diri, melayan nafsu penting diri, fikir kelompok kecil sekeliling pinggang mereka saja.

Kerana itu 60 kerusi DUN dan 25 parlimen mereka kerumuni macam lalat kerumun bangkai gajah yang dibunuh di dalam hutan Sepilok sana. Nafsu mereka besar, tapi tenaga tak kuat manapun.

Sebagai rakyat biasa memang kami rasa kecewa memiliki pemimpin politik yang hanya fikir diri, anak bini, kawan, sahabat sekeliling, untung nasib diri, projek, jawatan KM, menteri, dan benda.

Ertinya mereka bukan ada wawasan untuk menjadi pemimpin besar yang membawa perubahan besar dalam politik negeri Sabah. Andai benar mereka pemimpin yang memikirkan perubahan dalam pimpinan negeri perubahan yang terbaik, sepatutnya pemimpin-pemimpin ini kena duduk bersama saling bertolak ansur, biar kita dapat sedikit hari ini, esok selepas menang menumbangkan umno/BN di Sabah tentu anda sekalian akan dapat lebih besar, iaitu amanah yang maha besar untuk memimpin, mentadbir dan mengurus negeri dengan lebih baik daripada cara umno/BN mentadbir negeri.

Sebenar dan sesungguhnya rakyat Sabah dah muak dan meluat kepada umno/BN Sabah dan Putrajaya. Rakyat Sabah mahukan pemimpin lebih baik yang amanah, yang tidak rasuah, yang tidak meratah harta negeri dan rakyat makan harta mak bapa mereka.

Para pemimpin umno/BN dah agih-agihkan harta negeri dan rakyat, secara khianat umpama perompak dan lanun di malam hari, satu untuk rakyat, 10 lagi untuk aku, 5 lagi untuk anak bini aku, 5 lagi untuk anak menantu aku, 5 lagi untuk krooni aku, 5 lagi untuk PTI yang undi aku, 5 lagi untuk macai aku, 5 lagi untuk ketua bahagian umno/BN, 5 lagi untuk..................

Inilah yang menyebabkan harta dan khazanah negeri hanya berlegar dikalangan penguasa elit, anak beranak dan orang kaya belaan mereka.

Sedang Allah Ta'ala mengingatkan kita semua di dalam Kitab Suci Al Quran Surah Al-Hasyr ayat 7 firman-Nya yang bermaksud:

"Apa saja harta rampasan yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad) daripada harta-harta penduduk kota-kota (dengan tidak berperang), maka adalah ia hak bagi Allah, Rasulullah, kaum kerabat (Rasulullah), anak-anak yatim, orang miskin dan orang musafir (yang terputus bekalannya). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar atau berlegar dikalangan orang kaya daripada kalangan kamu...".

Akibat tak mendengar dan menghayati perintah Tuhan, inilah yang berlaku di dalam negeri dan Negara kita sekarang. Yang kaya terus kaya, yang miskin tetap susah.

Kejahatan dan pengkhianatan penguasa elit politik sudah ditahap tak boleh dibiarkan lagi. Mereka baham, mereka bolot, mereka monopoli semua harta dan khazanah negeri dan macam harta syarikat dan harta mak bapa mereka anak beranak.

Jika rakyat tak sedar lagi, jika rakyat tak mahu bangkit lagi dan jika rakyat masih UNDI lagi umno/BN tunggulah saat kehancuran...

Kita lihat kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah, Pulau Pinang baru lima tahun telah banyak usaha mengembalikan hak-hak rakyat secara lebih baik, kerana di sana kepimpinan yang amanah, adil dan taqwa sedang dan telah berusaha siang malam memperbaiki segala kerja buat umno/BN berpuluh tahun, asal jadi MB atau YB mereka berubah watak jadi tamak dan meratah segala harta dan khazanah negeri.

Kelantan lebih 20 tahun dipimpin oleh Tok Guru Nik Aziz, dia tetap dalam keadaan seperti sebelum jadi MB hidup sederhana, rakyat Kelantan boleh maju juga.

Sabah untuk berubah sedikit sukar

Untuk PRU 13 ini Sabah macam belum Nampak untuk berubah, disebabkan politikus Sabah yang tiada kelas.

Ya kita tak nafikan kita juga pada hakikatnya memiliki para pemimpin yang baik untuk memimpin negeri dengan lebih baik dan cemerlang, jika diberi kemenangan oleh rakyat. Tetapi mereka tidak cukup tenaga untuk menyambut sokongan rakyat yang mahukan perubahan. Kekuatan itu tidak menyeluruh.

Dalam kekuatan yang sederhana, dalam masa sama serangan dan tentangan daripada umno/BN siang malam dihalakan kepada mereka, maka kekuatan itu sukar untuk dikobarkan agar lebih kuat menggegar politik rakus dan tamak di Sabah.

Politik tamak, rakus, sombong dan haloba telah mengakarumbi dalam lubuk hati para pemimpin umno/BN yang juga meresapi hati, akal budi segelintir rakyat, secara kebetulan mereka memegang tampuk kuasa.

Rakyat yang hendak bangkit melawan arus politik tamak, rakus, sombong itu tersekat-sekat. Kekadang kuat, kekadang tidak.

Sebaik Datuk Lajim dan Datuk Wilfred serta rakan seperjuangan turun bersama rakyat membawa ombak perubahan itu, kita melihat ia akan bertambah kuat.

Ombak perubahan itu sebenarnya sudah melambung umno/BN Sabah, malahan rakyat Sabah bersedia untuk menggegarkan Seri Gaya dan Putrajaya.

Namun sedikit mengecewakan bila politikus Sabah yang tiada kelas telah bertindak ikut selera nafsu politik tamak, rakus dengan masing-masing mau tunjuk kuat.

Inilah yang terjadi 20/4/2013 ketika penamaan calon di DUN Sabah dan Parlimen cuma satu DUN saja satu lawan satu iaitu N59 Tanjung Batu antara Pakatan/PAS lawan BN/umno dan . Yang lain-lain semua lebih dari 3 penjuru. Umno/BN tersenyum lebar melihat situasi ini, mereka ada kelebihan sepertimana PRU 12 dulu, sepatut jika satu lawan satu Pakatan boleh dapat banyak kerusi DUN dan juga menambah beberapa kerusi Parlimen.

Hanya kebijaksanaan rakyat memilih

Itu saja harapan kita, rakyat Sabah mesti bijak mengajar pemimpin politikus yang tamak, rakus dan tiada kelas itu.

Rakyat dipersimpangan sebenarnya, hendak memilih umno/BN lagi teruk menang nanti mereka bertambah sombong, rakus dan tamak membaham harta rakyat dan negeri untuk diagih-agihkan sesama anak beranak mereka, krooni-krooni mereka dan macai-macai politik mereka.

Pilihlah yang terbaik dikalangan calon-calon yang bertanding. Baik akhlak, baik amanah, baik watak kepimpinan, baik kehidupan mereka dan boleh memimpin negeri ke arah lebih baik.

Jangan lihat kayanya, banyak duitnya. Takut yang kaya itu adalah seorang penyamun yang menyamun duit dan projek kerajaan di pejabat. Jika pemimpin kaki rasuah, khianat akan rosaklah negeri dan rakyatnya akan menjadi susah. Buktinya mereka jual IC kepada warga asing, mereka kayakan warga asing, mereka beri warga asing yang dapat IC secara jenayah itu berbagai kemudahan. Akhirnya, rakyat menderita...

Lihatlah akhlaknya, ilmunya, amanahnya dan taqwanya. Percayalah jika pemimpin yang amanah, selamatlah duit, harta dan khazanah rakyat. Jika pemimpin yang berakhlak selamatlah akhlak rakyatnya. Jika pemimpin yang taqwa selamatlah negeri, rakyat dan harta. Jika pemimpin yang berilmu akan majulah negeri dan rakyatnya.

Ya Allah kurniakanlah kami pemimpin yang baik, bertaqwa, amanah dan adil untuk memimpin, mentadbir dan menguruskan negeri kami.

Wassalam

UNDILAH CALON-CALON PAKATAN RAKYAT PAS/PKR/DAP DI TEMPAT ANDA!"

-Oleh : IbnuSabah

Komen Anda

0 Responses to "Pertandingan di Sabah sedikit mendukacitakan"