Sunday, 21 April 2013

Pakar khas diupah buat video fitnah

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mendakwa beliau mendapat maklumat wujudnya pasukan khas yang ditubuhkan pihak tertentu untuk membuat video fitnah bagi merosakkan imej pemimpin politik tertentu.

“Saya diberitahu bahawa terdapat suatu pasukan khas yang pakar dalam kerja-kerja video ini telah ditubuhkan, dengan mendapat pembiayaan dan upah khas, bagi menjahanamkan imej tokoh-tokoh politik tertentu menerusi video-video seks.

“Mereka ini adalah pakar yang boleh memetik video-video tertentu daripada internet dan diadunkan sedemikian rupa agar menyerupai imej pemimpin-pemimpin tertentu,” katanya

Beliau mengulas video fitnah terbaru yang mengaitkan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali.

Kadir yang juga Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menyifatkan pembikinan video fitnah itu sebagai sangat jijik, kejam dan tidak masuk akal.

Beliau yakin rakyat kini mu ak dan jijik dengan pihak yang menggunakan cara tidak bermoral itu dalam kempen menjelang PRU13.

“Sejak berpuluh tahun lamanya negara dan rakyat kita telah berpolitik secara yang begitu gentleman dan bersih, dan selepas 50 tahun lebih kita harus lebih dewasa dan lebih matang berpolitik,” katanya. -DD

Komen Anda

0 Responses to "Pakar khas diupah buat video fitnah"