Friday, 19 April 2013

Bukti Salahlaku Profesional Calon BN?

Ekoran dakwaan salahlaku profesional ke atas bakal calon BN di Pandan, Gary Lim, calon PKR di situ akan membuat pendedahan esok.

Rafizi Ramli (gambar), calon PKR Parlimen Pandan dalam kenyataannya berkata, beliau mempunyai beberapa dokumen yang menunjukkan calon BN itu sedang disiasat.

"Saya akan memberi maklumbalas rasmi mengenai dakwaan salahlaku profesional yang melibatkan calon BN di Pandan (Gary Lim) sejurus selepas proses penamaan calon tamat esok," kata Rafizi dalam kenyataannya.

Penamaan calon untuk Parlimen Pandan akan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya esok.

"Saya juga akan mengemukakan beberapa dokumen yang mengesahkan bahawa calon BN di Pandan sedang disiasat kerana dipercayai ada salahlaku professional," kata Rafizi lagi. -HD

Komen Anda

0 Responses to "Bukti Salahlaku Profesional Calon BN?"