Monday, 22 April 2013

35 peratus undi Melayu, BN Johor Boleh Tumbang

Perkembangan terbaru di Johor, 70 peratus pengundi kaum Cina kepada Pakatan Rakyat.

Ini bermakna Pakatan Rakyat memerlukan 35 peratus pengundi Melayu dan 55 peratus pengundi India untuk mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri Johor.

“Sekurang-kurangnya boleh menafikan kemenangan dua pertiga Barisan Nasional (BN),” kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP), Hu Pang Chow.

Beliau akan bertanding kerusi parlimen Ayer Hitam menentang Datuk Wee Ka Siong dari MCA.

Beliau berkata, sokongan pengundi kawasan bandar di Johor kepada Pakatan Rakyat amat menyakinkan.

Bagaiamanapun, Pakatan Rakyat menghadapi masalah untuk mendapat pengundi Melayu di kawasan perkampungan tradisonal.

“Ini kawasan susah tetapi tidak mustahil,” katanya lagi.

Pakatan Rakyat memberi tumpuan kepada Johor ekoran beberapa tokoh besar bertanding di negeri itu dalam pilihan raya umum ke 13 ini.

Antaranya, Lim Kit Siang dari DAP yang bertanding di parlimen Gelang Patah, Slahuddin Ayub dari PAS di parlimen Pulai dan bekas Panglima Tentera Darat Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein dari PKR di Johor Baru. -FMT

Komen Anda

0 Responses to "35 peratus undi Melayu, BN Johor Boleh Tumbang"