Saturday, 2 March 2013

Video Pertempuran Tentera Sulu vs Tentera Malaysia?

Pertempuran Tentera Malaysia dengan tentera penceroboh Sulu telah menyebabkan dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini.

Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di kampung Tanduo,lokasi pencerobohan warga filipina sulu. Al-fatihah kepada G/17984 skuad 2/2006 Insp Zulkifli Mamat dan SJN Sabarudin dr unit 69 komando G/17984,yg telah terkorban semasa pertempuran d lahad datu hari ini.

Video yang tersebar di Youtube ini dikatakan pertempuran yang berlaku hari ini. Namun tidak dapat disahkan bahawa video ini benar-benar video yang dirakamkan semasa pertempuran berlaku antara tentera Malaysia dengan Tentera penceroboh. Atau pun ini hanya video yang diambil dari peperangan di Filipina dan diupload sebagai pertempuran yang berlaku hari ini.

Dari pengamatan Sabahdaily setelah melihat keseluruhan video ini, ini hanyalah pertempuran yang berlaku dikawasan lain atau pertempuran yang berlaku di Filipina. Betul atau tidak, Wallahualam....

Komen Anda

0 Responses to "Video Pertempuran Tentera Sulu vs Tentera Malaysia?"