Friday, 1 March 2013

Tembakan, kematian dilaporkan berlaku di Lahad Datu



Tembak-menembak dilaporkan berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh dari Filipina yang menduduki kawasan perkampungan berhampiran Lahad Datu, dan menyebabkan kematian, lapor media Filipina hari ini.

Laman web The Philippine Daily Inquirer melaporkan, dipetik stesen radio Sabah, mereka mendengar bunyi tembakan selepas jam 10 pagi hari ini, tanpa menamakan wartawan berkenaan.

Laman web tersebut turut memetik kenyataan beberapa penduduk kampung yang melihat ada beberapa mayat dipindahkan, dan menambah pihak berkuasa Malaysia juga menolak untuk memberikan sebarang kenyataan buat masa ini. -TMI

Komen Anda

0 Responses to "Tembakan, kematian dilaporkan berlaku di Lahad Datu"