Friday, 22 March 2013

Siasat Peguam dalam video skandal tanah Sarawak

Dua peguam yang dirakam secara rahsia mengenai penyelewengan tanah melibatkan sepupu Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan berdepan dengan soal siasat kerana salahlaku selepas Persatuan Peguam-Peguam Sarawak (AAS) membuat laporan polis di Kuching hari ini.



Dua orang peguam tersebut dikenali sebagai Alvin Chong dan Huang Lung Ong, ditunjukkan berasingan dalam video yang didedahkan oleh aktivis berpengkalan di London, Global Witness sebagai bukti penyelewengan tanah di Sarawak melibatkan keluarga ketua menteri, yang disiarkan di saluran berita Al-Jazeera.

Dalam penyiasatan rahsia, Global Witness (GW) mengambil video mengenai sepupu Taib dan beberapa lagi rakan terapat dalam mendapatkan ribuan hektar tanah hutan yang didakwa oleh aktivis berpengkalan di London itu sebagai rasuah yang sistematik di negeri terbesar Malaysia.

Dalam klip video 16 minit, penyiasat GW, yang menyamar menjadi pelabur asing, merakamkan perbualan mereka dengan sepupu dan peguam Taib, yang membeli tanah dengan keuntungan tinggi dan bakal mengakibatkan ribuan orang asli kehilangan tempat tinggal.

“AAS membuat laporan polis berkenaan tengah hari tadi dengan tujuan untuk polis menyiasat kandungan video tersebut dan mengambil tindakan ke atas tindakan yang boleh didakwa sebagai jenayah,” kata AAS yang ditandatangani oleh presidennya Khairil Azmi Mohd Hasbie.

AAS berkata Jawatankuasa Pusat semalam bertemu bagi membincangkan “perkara serius” mengenai video bertajuk “Inside Malaysia’s Shadow State”.

AAS juga berkata akan merujuk dua peguam tersebut kepada Jawatankuasa Inkuiri, yang akan mengadakan inkuiri jika melakukan salah laku profesional.

Jawatankuasa Inkuiri, badan disiplin bebas yang dipisahkan dari AAS, juga merupakan badan statutori dengan panel dari peguam senior yang dilantik oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak.

AAS juga menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat spekulasi mengenai perkara ini, dan berkata pihak berkuasa sedang menyiasat perkara ini.

“Sehingga siasatan dan lebih banyak fakta dibangkitkan, AAS menasihatkan orang ramai supaya biarkan undang-undang berjalan dan elakkan dari spekulasi.”

Peguam di Sabah dan Sarawak diwakili oleh AAS dan Persatuan Undang-Undang Sabah dan tidak di bawak Majlis Peguam, yang mewakili peguam di Semenanjung Malaysia.

Chong, salah seorang peguam dalam klip tersebut, dirakam memberi keterangan bagaimana pelabur asing boleh mengelak cukai keuntungan hartanah (RPGT) dan keperluan 51 peratus ekuiti Bumiputera.

Beliau mendakwa mewakili dua sepupu Taib, Fatimah dan Norlia Abdul Rahman, yang dirakamkan terlibat dalam penyelewangan tanah.

Namun syarikat peguam, Alvin Chong and Partners menafikan “menjadi jurucakap kepada yang dituduh”.

“Kami menafikan sebarang tuduhan mengenai pengelakan cukai dan jika sekiranya terdapat perbincangan, itu cuma hipotikal,” kata syarikat guaman yang berpengkalan di Kuching itu.

Seorang lagi peguam, Huang, dilihat bercakap dengan pemilik syarikat yang didakwa dimiliki oleh seorang individu bernama Datuk Hii Yii Peng dalam pembaharuan lesen.

Tetapi beliau memberitahu The Malay Mail semalam beliau “diperangkap” dan “ditekan” oleh lelaki yang mendakwa sebagai pelabur luar, dan berkata perbualan tersebut cuma perbualan “kedai kopi”.

“Saya tidak menolak kemungkinan untuk membuat laporan dengan pihak berkuasa dan menyaman Global Witness jika perlu,” kata Huang yang dipetik dari akhbar berbahasa Inggeris itu, dan berkata

Huang berkata sebelum ini merujuk kepada GW, berkata “Saya tidak pernah dilantik oleh Hii Yii Peng sebagai peguamnya, saya tidak tahu bagaimana Hii Yii Peng mengumpulkan asetnya.

“Tuduhan anda tidak berasas dan saya tidak tahu untuk menjawabnya,” katanya berkenaan dengan klip video GW tersebut.

Selasa lalu, Taib berkata sepupunya — anak perempuan kepada bekas ketua menteri Sarawak , Tun Abdul Rahman Ya’akub — dan yang lain di dalam video tersebut mempromosi diri mereka sebagai agennya demi kepentingan peribadi mereka.

“OK, semalam saya lihat kononnya bukti ini. Mungkin mereka cuba mempromosi diri sebagai agen untuk mendapatkan sesuatu untuk kepentingan mereka dari saya?

“Tidak ada kaitan dengan saya. Saya fikir ini tindakan nakal mereka. Mereka gunakan kuasa besar mereka untuk memburukkan saya,” kata ketua menteri Sarawak apabila ditemui oleh wartawan di Kuching. -TMI

Komen Anda

0 Responses to "Siasat Peguam dalam video skandal tanah Sarawak"