Saturday, 2 March 2013

Senarai Wira Yang Terkorban Dan Tercedara

Polis mengesahkan dua anggota komando Polis Diraja Malaysia terkorban manakala 12 penceroboh bersenjata dari selatan Filipina maut dalam insiden tembakan membabitkan kedua-dua pihak di Kampung Tanduo di Lahad Datu hari ini.

Berikut senarai nama wira negara yang terkorban :

Foto : Allahyarham Insp Zulkifli Mamat bersama isteri dan anak-anaknya

1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (Terkorban)

2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Terkorban)

3. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (Cedera di tangan dan kaki – kini ditempatkan di Hospital Lahad Datu)

4. Koperal 135383 Azman B. Ampong (Cedera di punggung/peha – kini ditempatkan di Hospital Lahad Datu) – Baru diberitakan sekitar jam 6 petang tadi Kpl Azman telah meninggal dunia.

5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum’aiqal B. Zolkifli (Cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki – kini ditempatkan di Hospital Sandakan)

Saya turut bersama-sama warga Malaysia yang perihatin mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa korban dan cedera dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu. Al-Fatihah buat wira-wira negara yang terkorban.

Komen Anda

0 Responses to "Senarai Wira Yang Terkorban Dan Tercedara"