Tuesday, 26 March 2013

Sanggupkah Gani Patail buka semula kes Altantuya?

Pejabat Peguam Negara akan mempertimbangkan cadangan Majlis Peguam untuk membuka semula kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Bagaimanapun, pertimbangan itu perlu dijustifikasi dengan bukti baru untuk membolehkan siasatan dibuka semula ke atas kes pembunuhan wanita Mongolia itu.

"Kita akan pertimbang cadangan Majlis Peguam, tapi kita tidak boleh (sewenang-wenangnya) buka semua kes, termasuk (kes) tahun 1960-an. Mesti ada bukti baru untuk menjustifikasi (tindakan) membuka semula kes tersebut.

"Kes itu sudah melalui perbicaraan, di mana kesemuanya sudah dikemukakan," kata Gani.

Majlis Peguam merekodkan cadangan tersebut selepas mesyuarat agung tahunannya ke-66.

Badan itu juga mencadangkan supaya peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham derujuk ke lembaga disiplin peguambela dan peguamcara atas dakwaan berlaku salah laku profesional.

Majlis Peguam mencadangkan demikian susulan kenyataan seorang anggotanya, Americk Sidhu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Cecil untuk membuat pengakuan berkanun kedua PI Bala bagi mengubah kenyataan asal. -MK

Komen Anda

0 Responses to "Sanggupkah Gani Patail buka semula kes Altantuya?"