Tuesday, 12 March 2013

Najib didesak jelas penjanjian dengan Sulu

Dato' Seri Najib Razak didesak mendedahkan segala perjanjian Kerajaan Malaysia dengan kesultanan Sulu bagi membolehkan seluruh rakyat negara ini faham kedudukan sebenar.

Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, sehingga kini rakyat negara ini tidak tahu bentuk perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan kesultanan Sulu sehingga menyebabkan pelbagai dakwaan tuntutan janji mereka ke atas Malaysia.

Sehubungan itu, beliau mendesak Perdana Menteri memanggil persidangan Parlimen khas dengan segera bagi membolehkan penjelasan diberikan kepada ahli-ahli Parlimen.

Namun, Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang kesal kerana Najib masih lagi merahsiakan segala perjanjian itu sehingga menyebabkan rakyat berada dalam keadaan tertanya-tanya mengenai perkara itu.

"Difahamkan Malaysia masih membayar sekitar $5,000 setahun kepada Kesultanan Sulu, jadi orang ramai mahu tahu lebih banyak perkara mengenainya," katanya ketika dihubungi Harakah 6 Februari lalu.

Selain itu, menurut beliau, terdapat juga dakwaan yang mengatakan kedatangan 180 orang tentera kesulatanan Sulu ke Lahad Datu sejak 9 Februari lalu kerana mempunyai hubungan dengan janji Perdana Menteri untuk memberikan tanah atau penempatan kepada mereka.

"Sebelum ini, begitu ramai orang Sulu yang diberikan kebenaran tinggal di negara ini dan diberikan kad pengenalan oleh pihak Umno-BN kepada mereka menerusi "Projek IC". Jadi kenapa Najib terus membuat janji lagi dengan mereka.

"Di samping itu semua, banyak lagi perkara lain yang berkaitan dengannya yang perlu didedahkan Perdana Menteri. Kita harap beliau mengambil tanggungjawab dengan baik dalam perkara ini demi kepentingan rakyat dan negara," ujarnya.-DD

Komen Anda

0 Responses to "Najib didesak jelas penjanjian dengan Sulu"