Wednesday, 6 March 2013

MNLF dakwa lebih ramai pejuang ke Sabah

Pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dari Filipina, menuju ke Sabah untuk mengukuhkan kedudukan pengikut Sultan Sulu yang berjuang menentang pasukan keselamatan Malaysia, dakwa seorang pemimpin mereka hari ini.

"Ramai telah meloloskan diri daripada pasukan keselamatan. Mereka sudah mahir dengan kawasan tersebut kerana mereka dilatih di sana pada masa lalu," kata Muhajab Hashim, pengerusi Majlis Perintah Islam MNLF.

"Kami menjangka lebih ramai daripada mereka akan menyertai (pertempuran) walaupun jika arahan rasmi kita adalah supaya mereka mengelak pergi ke sana," katanya.

NONEBeliau tidak pasti berapa ramai pejuang MNLF telah berjaya melepasi
kawalan tentera laut Filipina dan Malaysia, tetapi berkata sebelum ini, "ribuan" telah menyatakan hasrat mereka untuk menyertai kira-kira 200 pengikut kesultanan Sulu, yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram.

Majlis Perintah Islam MNLF menyelia semua pasukan tentera MNLF, untuk melucutkan senjata sebagai sebahagian daripada perjanjian damai 1996 tetapi tidak dipatuhi sepenuhnya.

Hashim berkata walaupun pemimpin MNLF tidak secara rasmi mengarahkan pengikut mereka belayar ke Malaysia, tetapi mereka menyokong penuh usaha Sultan Sulu menuntut Sabah.

"Pejuang MNLF taat kepada sultan, kita adalah pengikut. Jadi ia lebih daripada satu pakatan," katanya. "Kami menentang keras serangan terhadap saudara kami dari Sulu."

Pasukan keselamatan Malaysia telah melancarkan serangan ofensif besar-besaran semalam selepas tiga minggu pengikut sultan Sulu Jamalul Kiram III berkubu di situ dan keganasan meletus minggu lalu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh.

Tetapi pembantu sultan berkata di Manila bahawa kumpulan Azzimudie terselamat daripada serangan, termasuk serangan udara.

MNLF diasaskan pada tahun 1960-an oleh Nur Misuari yang memperjuangkan untuk wilayah Islam di Mindanao dan pernah mendapat sokongan dari Malaysia. AFP

Komen Anda

2 Responses to "MNLF dakwa lebih ramai pejuang ke Sabah"
Anonymous said...
6 March 2013 at 21:53

Sultan Jamalul Kiram 111 ,dan MNLF ,jangan jadi bodoh.Menceroboh negara org bukan mati syahid, tapi mati katak.Dulu nak tuntut Mindanao dan Sulu dari Philipina, tapi tak kesampaian. Sekarang datang ceroboh Sabah pula.Balik lah kenegeri asal kamu.Majukan negeri kamu yg mundur. dan tak terurus.Janganlah tamak ikut nafsu syaitan.Org2 Sulu yg dapat IC biru projek Mahathir, jika nak sokong sultan sulu, sila berambus sekali.Kami rakyat Msia ,menyesal dgn kesilapan Mahathir,beri IC kpd PATI, tapi kami rakyat jelata hanya mengeluh saja.Ini semua salah Mahathir yg gila kuasa, jadi pengkhianat bangsa dan negara. Sepatutnya sumbat saja kedlm penjara, biar dia rasa. Sempadan dah dibolosi, salah siapa? , siapa yg susah?


Anonymous said...
6 March 2013 at 22:10

Tentera Philipina dah sediakan kapal untuk bawa kamu pulang, tapi berdegil. Nak buat tuntutan tak berasas.Thn 1926 British dah beli wilayah ini dari sultan sulu. Sabah dah masuk Msia, kenapa nak tuntut lagi? Kalau tuntut Pulau Mindanao dan Sulu, utk perintah sendiri spt Spura, Timor Leste, adalah masuk akal, tuntut wilayah sendiri,bukan ceroboh negara org.Philipina yg disokong Amerika dan Barat, suka lihat Islam berperang. Kalau ramai tentera Sulu dan MNLF mati,kuranglah tentangan terhadap tentera kerajaan Philipina .Gunalah akal.