Friday, 8 March 2013

Manila mahu ‘layanan berperikemanusiaan’ warga Filipina di Sabah

Pemerintah Filipina telah meminta Malaysia untuk memastikan “layanan berperikemanusiaan” terhadap rakyat mereka yang ditahan berhubung dengan ketegangan dengan militan Sulu di Sabah.

Saluran ABS-CBN melaporkan dalam laman sesawangnya petang ini, permintaan tersebut telah disampaikan melalui Jabatan Hal Ehwal Antarabangsa (DFA) Filipina kepada Malaysia, selepas dilaporkan 79 individu telah ditahan sehingga kini.



Jabatan tersebut juga memohon, pasukan kemanusiaan Filipina di Lahad Datu diberikan “akses sepenuhnya” terhadap tahanan yang sekarang ini dilkawal ketat di Malaysia.

“Kami tahu terdapat lebih kurang 10 orang rakyat Filipina ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia.

“Dan DFA juga percaya rakyat Filipina akan diberikan layanan berperikemanusiaan oleh kerajaan Malaysia,” kata jurucakap presiden Edwin Lacierda dipetik dari ABS-CBN.

Lacierda juga mengulangi gesaan pentadbiran Aquino terhadap pemberontak bersenjata Sulu di Sabah untuk “meletakkan senjata”, menegaskan ini adalah satu-satunya cara untuk menghentikan pertumpahan darah.

“Presiden, DFA, pemerintah ini terus mengerahkan segala usaha untuk meneroka semua saluran ke arah penyelesaian damai. Sebagai satu kenyataan semalam yang disebut, gencatan senjata itu adalah salah satu daripada pilihan,” beliau dilaporkan berkata.

Pasukan keselamatan Malaysia masih dalam pertempuran bersenjata dengan kumpulan pemberontak Sulu yang diketuai oleh Agbimuddin Kiram, adik kepada Sultan Sulu Jamalul Kiram III.

Lelaki, berjumlah lebih 200 orang telah mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 9 Februari, dengan rancangan untuk mengulangi tuntutan terhadap pemilikan mereka ke atas wilayah Borneo utara memetik rekod sejarah pada abad ke-17.

Pihak berkuasa Malaysia berkata semalam 52 militan Sulu telah ditembak mati sejak pertempuran bermula Jumaat lepas.

Seramai lapan anggota polis Malaysia terbunuh di Lahad Datu dan Semporna semasa pertempuran hujung minggu, yang menyebabkan angka kematian meningkat kepada 60 orang.

Malaysia menolak seruan Jamalul untuk gencatan senjata semalam, menuntut sebaliknya “sultan” memerintahkan orang-orangnya untuk meletakkan senjata secara aman dan tanpa syarat.

Puak Kiram sebelum ini telah dipanggil untuk gencatan senjata tetapi berkeras untuk tinggal di Sabah. -TMI

Komen Anda

0 Responses to "Manila mahu ‘layanan berperikemanusiaan’ warga Filipina di Sabah"