Saturday, 16 March 2013

Benarkah Azzimudie masih di Sabah?

Malaysia dan 'kesultanan' Sulu masing-masing membuat kenyataan bercanggah sama ada Raja Muda Azzimudie Kiram, yang mengetuai lebih 200 pengikutnya di Sabah bulan lalu untu menuntut wilayah itu.

NONEAgensi berita nasional Bernama dan The Star melaporkan Azzimudie (kiri) sudah melarikan diri dari Sabah, sekali gus meninggalkan pengikutnya dan kembali ke Filipina.

Bagaimanapun, hari ini, Abraham Idjirani, jurucakap dan setiausaha agung kepada kesultanan itu, menolak dakwaan itu sebagai masa "propaganda" menjelang pilihan raya negara ini, lapor InterAksyon.

Idjirani memberitahu, kali terakhir beliau bercakap dengan Azzimudie semalam.

Dan beliau dilaporkan diberitahu bahawa 'raja muda' itu masih di Sabah dan terus mengelak daripada operasi oleh pasukan keselamatan Malaysia. -MK

Komen Anda

0 Responses to "Benarkah Azzimudie masih di Sabah?"