Friday, 8 March 2013

Bahasa Inggeris mungkin wajib lulus SPM 2016

Bahasa Inggeris berkemungkinan besar akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 2016, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran berkata langkah ini seiring dengan pelaksanaan gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Katanya perkara itu sedang diperhalus Kementerian Pelajaran dan pelaksanaannya kelak diharap akan menurunkan peratusan pelajar yang gagal mata pelajaran berkenaan dalam SPM.

“Kalau ikut kurikulum yang sedia ada, ada lebih kurang 20 peratus pelajar kita yang gagal bahasa Inggeris, tapi saya yakin bila kita perkenalkan syarat wajib ini maka peratusan itu akan menurun.

“Lebih-lebih lagi kalau kita dapati pelajar itu perlukan ‘intervensi’ kerana mereka lemah dalam pembelajaran bahasa Inggeris, kita boleh tokok dengan menyediakan program tuisyen (dan) memberikan tumpuan pada pelajar lemah.

“Dan mungkin akan diadakan kelas tambahan kalau sekiranya dianggap perlu di sekolah-sekolah yang terpilih,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Memperkukuhn Literasi dan Penguasaan Bahasa Inggeris’ peringkat Negeri Sembilan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa di sini hari ini. — Bernama

Komen Anda

0 Responses to "Bahasa Inggeris mungkin wajib lulus SPM 2016 "