Friday, 8 March 2013

Anwar Fail Saman RM100 juta Terhadap Utusan, TV3

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Utusan Malaysia dan TV3 kerana menyiarkan berita yang didakwanya berunsur fitnah kerana mengaitkan dirinya dengan insiden keganasan di Lahad Datu.

Saman tersebut difailkan peguam yang mewakili Anwar, Latheefa Koya dan N Surendran di Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini.

Turut dinamakan dalam saman tersebut adalah lima defendan iaitu; Utusan Malayu (Malaysia) Bhd; Editor Utusan Malaysia Datuk Abdul Aziz Ishak; TV3, Pengarang Urusan Kumpulan TV3, Datuk Shahruddin Abdul Latif; dan Pengarang berita Buletin Utama, Ing Boon Seng.

“Tuduhan-tuduhan itu amat berat kerana ia seolah-olah menggambarkan Anwar (gambar) nak tawan negara sendiri,” kata N. Surendran ketika sidang media di sini.

Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 2 Mac 2013 telah menyiarkan artikel bertajuk “Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?”

Selain ganti rugi am RM100 juta, Anwar turut menuntut gantirugi teruk dan gantirugi teladan, termasuk injuksi menghalang defendan-defendan menyatakan atau menerbitkan “perkataan-perkataan firnah” sama ada melalui percetakan, lisan atau Internet.

Jelas Surendran, dalam penyataan tuntutan mereka mendakwa, TV3 dan Utusan Malaysia melaporkan “Anwar Ibrahim adalah antara tiga dalang disebalik pencerobohan kumpulan bersenjata yang menggelar diri mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu di Lahad Datu yang menyebabkan pertumpahan darah.”

“Artikel ini menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalang bagi kejadian Lahad Datu. Ini adalah satu kenyataan yang tidak berasas, fitnah dan amat jahat...,” kata N. Surendaran kepada pemberita.

“Perkataan-perkataan fitnah tersebut adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat ... plaintif telah mengalami kecederan yang teruk terhadap karektor, penghormatan, reputasi peribadi, politik, dan menjejaskan kedudukannya,” kata Surendran, yang juga Naib Presiden PKR.

Anwar diwakili firma peguaman Tetuan Daim dan Gamany dalam mefailkan tuntutan saman tersebut. -TMI

Komen Anda

0 Responses to "Anwar Fail Saman RM100 juta Terhadap Utusan, TV3"