Friday, 22 February 2013

Treler "Negara Berkebajikan" PAS Dilancarkan

Pada badannya tertulis "Negara Berkebajikan' dengan gambar tiga pemimpin utama Pakatan, Ustaz Hadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dalam suasana penuh ceria.

Pada pentasnya pula tertulis Undilah PAS, PAS for All, Negara Berkebajikan.

Pelancaran ringkas hari ini hanya dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul hadi yang memohon kepada Allah agar proses perjalanan jelajah ini selamat.

Ia diikuti dengan pembukaan pentas pada badan treler ini yang menunjukkan rekabentuk latar belakang pentas bergerak ini.

Ustaz Hadi ketika sidang media menjelaskan, trak ini akan bergerak ke seluruh negara untuk menyampaikan mesej PAS kepada rakyat umum.

"Ini satu pendekatan baru agar kempen kita lebih lancar bergerak," kata Presiden PAS itu.

Mohamad Sabu pula dalam sidang media yang sama selepas pelancaran itu berkata, kos trak ini lebih RM100,000.

Namun kesemuanya disumbangkan oleh ahli PAS dan dermawan.

"Kawan-kawan kita beli dan dermakan kepada kita," katanya kerana duit PAS berada dalam poket ahli-ahlinya.

Program pertama yang akan menggunakan trak ini adalah dalam ceramah Pakatan Rakyat di Pendang 23 Mac ini.

Di samping itu, trak ini akan berhenti dari bandar ke bandar untuk menyampaikan mesej PAS.

Ketika ditanya di mana ia akan berhenti, Mohamad Sabu berkata, "Kita akan berhentia apabila sampai ke Putrajaya." -HD










Komen Anda

0 Responses to "Treler "Negara Berkebajikan" PAS Dilancarkan"