Tuesday, 12 February 2013

Siapa Sebenarnya Bayar PSY?

Mega Ultimate, syarikat yang dikatakan membayar persembahan bintang pop Korea, Psy di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang terus membisu mengenai maklumat penajaannya.

Jurutera sistemnya, Anthony Chow Chee Ming hanya bersetuju untuk ditemubual mengenai "masalah teknikal" melibatkan persembahan yang dijadualkan Isnin ini, 11 Februari Isnin, di Kolej Han Chiang.

Wartawan menekannya untuk mendapatkan maklumat mengenai penajaan dan perbelanjaan tetapi Chow hanya berkata: "Tiada komen, saya hanya akan bercakap tentang perkara-perkara teknikal".

Menurut Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi, Psy atau Park Jae-Sang, telah ditawarkan 'harga tetap' sebanyak AS$500,000 (atau RM1.5 juta) untuk mempersembahkan lagu hitnya 'Oppa Gangnam Style' di majlis tersebut.

BN, bagaimanapun, menegaskan ia tidak membiayainya, sambil menambah bahawa "kita tidak membayar satu sen pun" untuk persembahan bintang sensasi dunia itu.

Keputusan BN untuk menjemput Psy untuk menarik orang ramai menghadiri majlisnya itu mendapat reaksi bercampur-campur dengan ramai menghantar mesej ke halaman peminat Facebook beliau, mendesaknya supaya jangan datang.

Komen Anda

0 Responses to "Siapa Sebenarnya Bayar PSY?"