Tuesday, 19 February 2013

Bantuan BR1M jadi ‘umpan’ akhir BN

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak dapat tidak telah menjadi talian hayat Dato’ Seri Najib Tun Razak bagi memujuk rakyat khususnya dalam kalangan penyokong tegarya agar terus mengundi BN pada PRU13 ini, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Katanya, Najib mungkin boleh menawan penyokong tegar mereka, tetapi tidak kepada golongan muda dan bukan Melayu yang memang inginkan perubahan dalam pentadbiran negara.

“Sehingga kini Umno-BN telah menghabiskan hampir RM8 bilion bagi kedua- dua BR1M (1) dan BR1M (2) untuk rakyat terus menyokong mereka pada PRU13 ini.

“Dan dia terpaksa menggunakan BR1M ini kerana ini sahaja talian hayat yang dia ada bagi memastikan dia boleh terus bertahan,” katanya

Jelas Ahli Parlimen Kubang Kerian ini lagi, walaupun BN telah mengumumkan akan meningkatkan pemberian BR1M kepada RM1,000 jika BN masih berpeluang mentadbir negara, ia sebenarnya bergantung kepada sejauh mana BN boleh menang.

Katanya, BN mungkin tidak boleh memberikan sejumlah tersebut atau sebarang bantuan seperti itu kepada rakyat sekiranya memperolehi majoriti besar.

Perkara ini kata Salahuddin dapat dilihat berdasarkan pentadbiran Tun Abdullah Badawi yang lalu apabila parti itu memperolehi majoriti 9/10 pada PRU11, namun gagal memberikan sebarang imbuhan kepada rakyat.

Sebaliknya, kata beliau, apabila BN telah kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen, barulah mereka bertungkus lumus untuk “menabur” kepada rakyat.

Komen Anda

0 Responses to "Bantuan BR1M jadi ‘umpan’ akhir BN"