Friday, 25 January 2013

Syaitan Menyamar Sebagai Penyokong PAS?



Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman menyifatkan tindakan sekumpulan pemuda mengaku ahli PAS dan mambawa bendera parti itu ketika demonstrasi di Kota Bharu semalam sebagai tindakan terdesak Umno BN.

Beliau berkata, tindakan itu juga sebenarnya cubaan untuk melaga-lagakan PAS dengan rakan Pakatan Rakyat yang lain.

"Kita tidak mengenali peserta yang menyertai himpunan tersebut, malah tidak mengetahui langsung ada perhimpunan sedemikian.

"Apa yang boleh saya katakan ini merupakan tindakan terdesak Umno untuk melaga-lagakan PAS dan DAP bagi tujuan untuk politik mereka," jelasnya kepada Harakahdaily.

Semalam, hampir 20 orang pemuda berkumpul di Kg. Padang Enggang kononnya bagi mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat berhubung isu kalimah Allah.

Mengulas lanjut, Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, ahli PAS sentiasa menghormati setiap keputusan yang telah diputuskan oleh peringkat pimpinan tertinggi parti termasuk Majlis Syura dan tidak akan bertindak sedemikian.

Abdul Latif juga menjelaskan, tindakan tersebut juga menunjukkan Umno gagal menangani isu kalimah Allah walaupun agansi penguatkuasaan seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN) berada di bawah penguasaan mereka.

"Mereka (Umno) cuba menutup kegagalan mereka dengan menunding kepada PAS, dan mereka akan cuba mewujudkan perbalahan antara parti di dalam Pakatan bagi mencari undi Melayu.

"Kita dalam Pakatan tidak akan cepat melatah dan mengganggap itu hanya satu provokasi yang dilakukan oleh Umno, yang begitu terdesak untuk mempertahankan kemenangan mereka," tegas beliau.

Komen Anda

0 Responses to "Syaitan Menyamar Sebagai Penyokong PAS?"