Wednesday, 9 January 2013

Menang AJL : Yuna Buat Uji Rashid Merajuk?



Anugerah Juara Lagu ke 27 telah berakhir dan Yuna dengan lagunya Terukir di Bintang dinobat menjadi juara. Namun begitu, rumah siap tapi pahat masih berbunyi. Semua orang maklum bahawa Uji Rashid yang sepatutnya menggantikan Yuna menyanyikan lagu itu dipentas AJL27. Namun atas sebab tertentu yang tidak diketahui, Aizat dipilih sebagai penyanyi gantian pada saat akhir.

Mengulas lanjut soal itu, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, pihaknya tidak terlibat membuat keputusan bagi persembahan AJL.

“Kami biarkan… pemilihan artis dan pemilihan persembahan, nak bawa jeti ke, helikopter ke… semua terpulang pada artis.

“Kami tidak terlibat dalam membuat keputusan sebab ini pertandingan. Semua terpulang pada mereka,” katanya ketika menjawab pertanyaan media berhubung pertukaran penyanyi pada saat-saat akhir itu.

Katanya, mereka akur dengan keputusan Yuna yang mahukan Uji Rashid menyanyikan lagunya itu.

“Yuna telah memilih Uji Rashid untuk menyanyikan lagu dia. Kami akur dengan apa yang artis mahukan.

“Semasa raptai, kami dapat rasakan sesuatu tidak kena tetapi tak pasti apa itu. Jadi, kami menasihatkan, cuma menasihatkan (cari pengganti lain),” katanya.
Tambahnya, “jadi, Yuna sendiri telah memilih Aizat.”


Aizat: Uji Rashid Patut Dilayan Dengan Lebih Baik - Terbakor

Apa yang menyedihkan ialah Uji Rashid tidak diberitahu lebih awal tentang penggantian tersebut. Difahamkan Uji Rashid terus menjalani latihan tanpa mengetahui yang khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi.

Aizat turut meluahkan rasa kecewanya terhadap layanan yang diberikan kepada Uji Rashid:-

Saya tak tahu dimana silapnya tetapi secara umumnya, pihak yang bertanggungjawab patut melayan penyanyi veteran kita dengan baik. Rasa sedikit kecewa apabila melihat keadaan ini berlaku, janganlah memberi harapan yang tinggi terutamanya kepada golongan veteran sepertinya.

Komen Anda

0 Responses to "Menang AJL : Yuna Buat Uji Rashid Merajuk? "