Monday, 14 January 2013

Media Rejim BN Fitnah #KL112 Jadi "Himpunan Shamsidar"

Sungguh memalukan!!! Sedang media antarabangsa dan portal rasmi berita luar negara menyebut Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Stadium Merdeka sebagai tajuk utama, hampir kesemua media rejim pencacai Barisan Nasional (BN) menyebutnya sebagai 'Himpunan Shamsidar' dengan niat cuba membodohkan penonton mereka.

Mendahului senarai sudah semestinya Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) yang terkenal dengan fitnah menggila menyebut himpunan Shamsidar ini kununnya melanggar syarat yang ditetapkan dalam akta perhimpunan aman (APA).

Rupanya bila meninjau ke rangkaian lain, TV9 dan RTM1, ternyata semua pembaca berita menyebut nama himpunan yang sama sehinggakan TV Al Hijrah yang kurang terlibat dalam menyiarkan berita fitnah turut terpalit sama.

Ditambah lagi dengan kenyataan ketua polis daerah Dang Wangi, Zainuddin Ahmad dalam sidang media 'membetulkan' bilangan peserta dari '80 ribu kepada 45 ribu' yang sebelum itu ditulis mereka sendiri menerusi laman sosial Twitter milik PDRM.

Sambil menyebut himpunan tersebut gagal mencapai sasaran yang diunjur penganjur, kesemua stesen televisyen juga 'sepakat' bahawa himpunan seperti ini akan 'mencemar imej negara selain merosakkan perniagaan yang terpaksa menutup operasi masing-masing'.

Saya tidaklah mahu memanjangkan polemik himpunan ini milik siapa tetapi adakah patut kredibiliti dan mutu berita stesen penyiaran negara kita kini berada pada tahap 'membodohkan pemikiran rakyat' semata-mata gagal dalam usaha memburukkannya dengan cara keganasan seperti yang dilakukan semasa siri himpunan Bersih sejak empat tahun lalu?

Mengapakah editor berita stesen televisyen tidak mahu bertanggungjawab di atas fitnah yang memalukan lagi nama negara malah menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan, Rais Yatim terlupa untuk memantau kerana terlalu sibuk mengira berapa jumlah peserta himpunan terbabit?

Jika isteri Azmin Ali, Shamsidar Taharin yang dijadikan modal fitnah memburukkan Pakatan Rakyat dalam himpunan kebangkitan rakyat ini, saya tidak terkejut sekiranya tuan punya badan akan menyaman kesemua media yang memfitnahnya tanpa merujuk kepada dirinya perkara sebenarnya.

Inilah yang terjadi apabila rejim Zionis BN sudah makin hampir di penghujung kuasa, makin banyak mereka melakukan kesilapan demi kesilapan yang akan menjauhkan mereka dari rakyat yang sudah muak dengan pembohongan mereka. -jalanpulang

Komen Anda

0 Responses to "Media Rejim BN Fitnah #KL112 Jadi "Himpunan Shamsidar""