Thursday, 3 January 2013

Deepak Beli Barang Kemas RM13 juta Untuk ..?



Kadilan hari ini mendedahkan bukti pemindahan wang oleh ahli perniagaan, Deepak Jaikishan kepada dua syarikat barangan kemas mewah di Hong Kong berjumlah kira-kira RM13 juta, dikatakan untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai ganjaran bagi satu urusniaga tanah.

Pengarah Strategi, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat parti pagi ini, menunjukkan salinan invois dan pembayaran oleh dua syarikat Deepak, Karpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd kepada Dehres Ltd dan Firestone Co Ltd.

Salinan itu, antara lain tertera invois bernombor 23117 dan slip pindahan wang sejumlah USD115,000 kepada Dehres Ltd oleh Carpet Raya Sdn Bhd.

Beberapa invois dari Firestone Co Ltd bagi pembelian 19 barangan kemas bernilai kira-kira RM13 juta turut ditunjukkan.

Satu salinan emel dari kakitangan Dehres Ltd juga menyebut nama Rosmah.

Rafizi menggesa pihak berkuasa menyiasat sepenuhnya.

“Dakwaan Deepak bahawa beliau membayar pembelian barang kemas mewah berjumlah RM13 juta dalam tempoh tiga bulan untuk Rosmah sangat serius, apatah lagi beliau (Deepak) menampilkan dokumen sebagai bukti,” kata Rafizi. -KD

Komen Anda

0 Responses to "Deepak Beli Barang Kemas RM13 juta Untuk ..?"