Tuesday, 4 December 2012

Hutang Negara Mencecah RM500 Bilion?

Sibuk canang kononnya Anwar Ibrahim tidak pandai ekonomi, rupa-rupanya fakta itu terkena batang hidung Perdana Menteri sendiri apabila Ketua Pembangkang dedahkan hutang negara semasa di bawah pemerintahan Najib Razak berjumlah RM300 bilion.

“Najib, ini angka Bank Negara. Tapi kamu sibuk kata orang lain tak pandai ekonomi. Lim Guan Eng tak pandai jaga Pulau Pinang tapi ada lebihan RM2 bilion.

Di Selangor, Tan Sri Khalid (Ibrahim) pun tak pandai…tapi lebih RM2.42 bilion. Najib pandai, sebab itu hutang sampai RM300 bilion sepanjang empat tahun perintah,” katanya.

Ketua Umum KEADILAN berkata demikian depan 3,000 penduduk Pasir Salak malam tadi pada program Jelajah Merdeka Rakyat ke Perak.

Menurut Anwar, jumlah hutang negara keseluruhan hampir RM500 bilion, tetapi Pasir Salak dipinggir daripada pembangunan.

Beliau menunjukkan carta hutang negara bermula era 1970 an ketika Tun Abdul Razak sebagai Menteri Kewangan sehingga zaman Najib.

“Masa zaman Tun Razak, ada hutang tapi tak apa…Dia hutang untuk bangunkan Felda. Hutang diteruskan sampai tahun 1991 hingga 1992. Kemudian pada 1993, tiada penambahan hutang.

Tapi 1993 hingga 1998 wang berlebihan. Siapa jadi Menteri Kewangan masa itu?” soalnya disambut sorakan ‘Anwar’ oleh rakyat.

“Kemudian 1998, saya masuk istana hinggap (penjara) di Sungai Buloh. Lepas itu Daim Zainuddin, Mahathir, Pak Lah dan kemudian Najib yang ambil alih. Sepanjang (tempoh) itu hutang tak pernah menurun,” kata Anwar sambil menjelaskan ia bukan untuk mendabik dada tapi perlu dibuktikan dengan angka.

Malah Ketua Pembangkang menyifatkan Najib sebagai sombong kerana mengangkat diri orang paling pandai, hakikatnya hanya bijak berhutang.

Katanya, berhutang tiada masalah asalkan ada hasil untuk pembangunan dan kesenangan rakyat.

“Ini hutang banyak-banyak, tapi apa hasil pun tak nampak. Saya nak tanya orang Pasir Salak, apa pembangunan yang kamu dapat? Jalan raya pun teruk,” katanya.

“Fikirlah baik-baik dan bawa perubahan pada negara sebab ini wang kita,” kata Anwar.

AMK Selangor: KDNK negara merosot bawah kepimpinan Najib

Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK Selangor) hari ini menolak sekeras-kerasnya cubaan tekad Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyerang secara membabi buta ; dengan niat mencalarkan imej Ketua Pembangkang iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan dasar beliau sempena Perhimpunan Agung Umno 2012.

AMK Selangor juga memandang ucapan itu sebagai terdesak, dan lebih mirip kepada kepayahan dan jerih mempertahankan sisa-sisa waktu akhir sebelum tempoh pemerintahan mereka ditumbangkan oleh rakyat di dalam Pilihanraya Umum ke 13.

Keghairahan Najib Razak mencanang kejatuhan mata ekonomi negara pada tahun 1997-1998 adalah satu bukti bahawa Perdana Menteri kita ini bukan sahaja tidak bijak, malah penipu besar yang sanggup menyembunyikan segala fakta daripada rakyat, semata-mata menagih ihsan demi kelangsungan pemborosan pemerintahan beliau.

Hakikat sebenar adalah, sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Kewangan Malaysia adalah zaman keemasan apabila negara mencatatkan pertumbuhan KDNK yang kukuh pada kadar 8.8 peratus pada 1992; 9.>9 peratus pada tahun 1993; 9.2 peratus pada 1994; 9.8 peratus pada 1995; 10 peratus dalam 1996 dan 7.3 peratus pada 1997 apabila krisis ekonomi bermula.

Malangnya ekonomi negara dibawah Najib, KDNK negara merosot sebanyak 1.5 peratus pada 2009, dengan pertumbuhan berikutnya sebanyak 7.2 peratus pada 2010 dan 5.1 peratus pada tahun 2011. Maka jelas siapa yang sebenarnya mempunyai keupayaan untuk memimpin negara Malaysia yang kaya dengan hasil bumi ini, tanpa ada kecenderungan untuk melakukan penyelwengan dan penipuan harta negara.

Komen Anda

0 Responses to "Hutang Negara Mencecah RM500 Bilion?"