Wednesday, 12 December 2012

Cadangan tajuk buku Rosmah meletup di Twitter



Pelancaran buku biografi, Datin Seri Rosmah Mansor semalam menjadi antara topik paling popular di kalangan pengguna media sosial Twitter sejak semalam.

Dengan hashtags "#TajukBukuRosmah" atau "#RosmahBookTitle", masing-masing pengguna cuba memberi cadangan judul buku yang bakal diterbitkan pertengahan Januari depan itu.

Beribu cadangan tajuk dikemukakan termasuk ada yang bersifat sinis terhadap isteri Perdana Menteri itu yang boleh dikatakan sering mengundang kontroversi dalam politik Malaysia.

Antara cadangan sinikal yang dikemukan seperti dalam imej 'print screen' berikut:



Harakahdaily bagaimanapun mengkaburkan nama pengguna bagi mengelak kaitan perundangan.

Buku biografi Rosmah itu dilancarkan semalam dengan Penasihat Penerbitannya adalah Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Buku itu didakwa "bakal menjawab secara telus" isu serta dakwaan fitnah yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri itu.

Ianya akan diterbitkan oleh Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM). -HD

Komen Anda

0 Responses to "Cadangan tajuk buku Rosmah meletup di Twitter"