Friday, 7 December 2012

Bunuh diri kerana dihalang kahwin dengan selipar

DAKAR - Kejadian pelik yang tidak masuk akal berlaku di Yoff, Dakar, apabila seorang gadis berumur 18 tahun membunuh diri selepas dihalang oleh ibunya untuk berkahwin dengan selipar baru milikinya.

Perempuan berkenaan yang dikenali Melissa Georges, telah membeli sepasang selipar di sebuah kedai kasut beberapa hari yang lalu. Kerana sangat menghargai kasut itu, Melissa bertindak liar dengan cuba mengahwini selipar tersebut di biliknya.

Ibunya, Angilne, yang menyedari tindakan liar Melissa, segera memeriksa biliknya dan mendapati beliau sedang melakukan upacara seolah-olah berkahwin, dengan sepasang selipar di sebelahnya.

Angilne segera menghalang Melissa daripada berbuat demikian, mengambil selipar tersebut dan menyembunyikannya. Melissa yang berang dengan ibunya, bertindak mengambil pisau dan menikam diri sendiri.

"Saya tidak menyangka Melissa akan bunuh diri hanya kerana tidak dapat berkahwin dengan selipar barunya. Ianya tidak masuk akal sama sekali tetapi itulah yang berlaku dengan anak saya." katanya Angilne.

Kejadian pelik itu sedang dalam siasatan polis untuk mengenalpasti punca utama perempuan itu bertindak liar sedemikian.

Komen Anda

0 Responses to "Bunuh diri kerana dihalang kahwin dengan selipar "