Tuesday, 4 December 2012

93% SOKONG Kelantan Mendapat Royalti



Sebanyak 35,807 telah mengundi dalam Sistem Undian Online R, dan terdapat 5,710 Undi Rosak/ Berulang tidak dikira dalam tempoh 24 jam ia dilancarkan pada 3 Disember 2012. – LUAR BIASA!!

2. Undian yang sah adalah 30,097 undian sahaja, 28,062 sokong dan 2,133 bantah.

3. Sebanyak 93% iaitu 28,062 undi pengguna Media Baru FACEBOOK DI Malaysia SOKONG Kerajaan Kelantan Mendapat Royalti Gas dan Minyak

4. Terdapat 2,133 undi yang membantah mewakili 7% daripada undian online tersebut.

5. Keputusan ini memberikan gambaran bahawa PENGUNDI MEDIA BARU yang majoritinya adalah ANAK MUDA lebih cenderung menyokong tuntutan royalti Kerajaan Kelantan berbanding dengan pihak yang menolak.

6. Strategi kempen NGO R dalam menggunakan media baru sebagai plafform kempen dan penerangan rasmi disamping sokongan media cetak adalah sangat berkesan bagi mendekati rakyat Kelantan.

7. Peningkatan pengguna internet negara ini dijangka meningkat daripada 47% kepada 73% menjelang akhir tahun ini hasil daripada kajian ERICSSON ConsumerLab adalah memberikan impak signifikan kepada kempen media baru yang lebih agresif.

Disediakan oleh: Biro Media Baru R

Komen Anda

0 Responses to "93% SOKONG Kelantan Mendapat Royalti"