Tuesday, 6 November 2012

Umno Sandakan Kembali Bergolak?

TERDAPAT kepincangan ketara di dalam kepimpinan UMNO Bahagian Sandakan yang semakin kritikal kerana wujud beberapa puak yang bertelagah antara satu sama lain; mencetuskan perpecahan yang semakin sukar dikawal.

Kewujudan Kem A, B dan C semakin ketara sehingga menyebabkan ramai ahli UMNO keluar parti secara senyap dan menyertai parti pembangkang.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Sandakan, Abd Hamid Hj Sabal berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif dengan Sabahkini.Net kelmarin sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Tetap UMNO Sandakan, Sahari Ahmad yang bertajuk “Persidangan UMNO Sandakan Kucar Kacir' yang tersiar di Sabahkini.Net baru-baru ini.

“Saya ingin menasihatkan ahli-ahli UMNO sama ada di peringkat Bahagian, Cawangan dan akar umbi supaya setia dengan pucuk kepimpinan UMNO Sandakan dan patuh kepada kerajaan yang memerintah. Jangan sesekali menderhaka kepada parti dan perlu bekerja keras memantapkan perjuangan UMNO," kata Hamid yang mengajak mereka menentang parti pembangkang secara habis-habisan.

“Sekali lagi saya memberi amaran keras kepada semua ahli-ahli UMNO Sandakan jangan pertikaikan soal siapa bakal calon. Sesiapa sahaja yang terpilih, itulah kita terima seadanya dan pastikan BN menang dengan majoriti yang besar," ujarnya Hamid yang jengkel dengan segelintir AJK yang suka menghentam Ketua Bahagian tanpa bukti yang kukuh dan boleh diambil tindakan tatatertib .

Kata Hamid lagi, ramai ahli-ahli UMNO boleh dikatakan hidup dalam kemewahan dan serba serbi cukup. Mereka harus membalas jasa dan budi baik UMNO dengan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Ketua Bahagian.

Oleh: SHAIMON S JUMADI (sabahkini)

Komen Anda

0 Responses to "Umno Sandakan Kembali Bergolak?"