Friday, 16 November 2012

Rogol : Sentimen anti-Malaysia di Indonesia Meningkat

Tiga anggota polis didakwa merogol pekerja restoran warga Indonesia oleh Mahkamah Pulau Pinang di Butterworth hari ini, meningkatkan kembali sentimen anti-Malaysia bagi rakyat negara tersebut.

Sin Mat Lazim, 33, Syahiran Ramli, 21, dan Remy Anak Pana, 21, mengaku tidak bersalah apabila tuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dibacakan kepada mereka di Mahkamah Sesyen di Butterworth petang ini.

Menteri Luar Anifah Aman: Berikrar kerajaan akan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan.
Trio yang kesemuanya berpangkat konstabel boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika sabit kesalahan merogol wanita Indonesia berumur 25 tahun untuk melakukan seks oral terhadap mereka — satu jenayah dibawah Seksyen 377C, Kanun Keseksaan — di Bilik 4 dalam balai polis Prai diantara 6.40 pagi sehingga 7.30 pagi pada 9 November.

Jumaat lepas, seorang wanita Indonesia berumur 25 tahun telah meminta bantuan daripada penyelaras Barisan Nasional Bukit Mertajam Lau Chiek Tuan untuk membuat laporan polis mendakwa bahawa dia dirogol beramai-ramai oleh tiga anggota polis di balai polis Prai.

Pekerja restoran tersebut mendakwa dia telah dibawa ke balai polis selepas diberhentikan oleh sebuah kereta peronda polis berhampiran kompleks membeli-belah Megamall Pinang kira-kira pukul 6.30 pagi semasa sedang berada dalam teksi.

Beliau mendakwa dibawa ke balai polis selepas menunjukkan salinan pasport beliau dan polis enggan menerimanya.

Beliau mendakwa dibawa ke sebuah bilik di balai polis dan telah dirogol oleh tiga anggota polis.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman telah mengutuk pertuduhan rogol tersebut sebagai tidak berperi kemanusiaan dan berikrar kerajaan akan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan membabitkan warga negara gergasi Asia Tenggara itu.

Peningkatkan sentimen anti-Malaysia bertambah hangat apabila seorang pembantu rumah warga Indonesia berumur 15 tahun dilaporkan dirogol oleh majikan lelakinya selepas tiga bulan bekerja.

Sekumpulan rakyat Indonesia dilaporkan memprotes dihadapan rumah Duta Malaysia ke Indonesia di Jakarta tiga hari lalu untuk menyatakan kemarahan mereka terhadap Malaysia.

Kumpulan yang dikatakan mewakili gerakan nasionalis Indonesia, Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera), dilaporkan telah membawa sepanduk yang tertulis “usir duta Malaysia, ganyang dan Lawan Malaysia” dan membakar bendera Malaysia.

Bendera telah mengancam untuk menceroboh dan menyerang Malaysia pada tahun 2009, sebahagian daripada agenda “Ganyang Malaysia”, tentang pemilikan wilayah budaya, minyak, pulau-pulau dan layanan terhadap pekerja asing dari Indonesia.

Istilah “Ganyang” pertama kali digunakan pada tahun 1963 apabila Presiden Sukarno menentang penggabungan Malaya dengan Sabah, Sarawak dan Singapura, menyebabkan konflik bersenjata yang tidak diisytiharkan dikenali sebagai “Konfrontasi”. -TMI

Komen Anda

0 Responses to "Rogol : Sentimen anti-Malaysia di Indonesia Meningkat"