Thursday, 22 November 2012

Kerajaan Negeri Selangor Tak Telus Isu Talam

Ketua Biro Profesional Muda MCA Datuk Chua Tee Yong mendakwa kerajaan negeri Selangor tidak telus dalam isu Talam Corporation Berhad.

Beliau berkata ini kerana Selangor tidak memberikan laporan daripada JabatanPenilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) berhubung tanah Bukit Beruntung 2 kepadafirma audit KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd (KPMG) yang dilantik bagi mengkaji pemulihan hutang Talam Corporation Berhad pada 2009.

Ini menyebabkan KPMG menyatakan bahawa kajiannya hanya terhad kepada aspek kewangan dalam laporan auditnya, sekaligus menyaksikan kekurangan ketelusan dipihak kerajaan negeri Selangor, kata Chua, yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada sidang akhbar di Wisma Tani di sini.

Semalam, kerajaan negeri Selangor membentangkan Kertas Putih bagi memperjelas isu hutang Talam Corporation Berhad dan status penstrukturan semula air di negeri itu.

Dokumen itu boleh dimuat turun menerusi laman web rasmi kerajaan negeriwww.selangor.gov.my dan laman web media www.selangorku.com.my bermula Rabu. BERNAMA

Komen Anda

0 Responses to "Kerajaan Negeri Selangor Tak Telus Isu Talam "