Monday, 26 November 2012

Gerakan Sabah optimistik penduduk Cina akan pilih BN

Pengerusi Gerakan Sabah Datuk Gordon Leong yakin bahawa masyarakat Cina di negeri itu akan membuat keputusan bijak dan berpandangan jauh apabila membuat pilihan pada pilihan raya umum nanti.

Beliau berkata masyarakat itu akan mengundi dengan kebijaksanaan dan bukan mengikut emosi atau mudah terpengaruh dengan janji kosong pembangkang.

Beliau berkata demikian kepada Bernama di sini hari ini ketika diminta mengulas gesaan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa masyarakat Cina yang suka dengan kepimpinannya harus memberi sokongan padu kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) jika mereka mahu beliau membawa lebih banyak kejayaan kepada negara melalui program transformasi negara.

Perdana berkata demikian dalam temuramah khas menjelang Perhimpunan Agung Umno ke-66 bermula Selasa ketika diminta mengulas kenyataan oleh pemerhati politik bahawa beberapa pihak dalam masyarakat Cina meminati kepimpinan Najib tetapi bukan partinya dan BN serta sokongan mereka berpecah.

Leong berkata kerajan BN mempunyai pencapaian baik dengan membawa lebih banyak pembangunan kepada negara. — Bernama

Komen Anda

0 Responses to "Gerakan Sabah optimistik penduduk Cina akan pilih BN"