Thursday, 8 November 2012

Diana Danielle Dan Farid Kamil Sah Suami Isteri



Alhamdulilah. Dengan sekali lafaz,Farid Kamil dan Diana Danielle sah menjadi suami isteri dalam satu majlis ringkas tapi meriah di Ampang, Selangor pagi tadi. Pasangan sweet ini di'ijabkabulkan di Hotel Flamingo,Ampang oleh Ustaz Haji Daim Jajuli yang merupakan Pegawai Tadbir Agama Gombak.

Pengantin lelaki telah membawa 5 dulang hantaran dan dibalas 7 dulang oleh pengantin wanita. Mas kahwin adalah sebanyak RM 10,000. Kedua-dua pengantin sangat manis dengan mengayakan busana serba putih.

Majlis pasangan ini dihadiri oleh lebih 300 orang tetamu dan perjalanan majlis ini akan disiarkan di Astro Ria pada pukul 9.00 malam ini.

Moga Diana Danielle dan Farid Kamil gembira dan bahagia dalam melayari bahtera rumah tangga dan kekal hingga ke akhir hayat.Amin.

-akueiyasofiah

Komen Anda

0 Responses to "Diana Danielle Dan Farid Kamil Sah Suami Isteri "