Thursday, 11 October 2012

UTHM : Video Ugut Gesa Sokong BN?

Dewan Pemuda Pas Johor mendesak pengurusan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) membuat satu siasatan berhubung tersebarnya rakaman sebuah video di YouTube yang didakwa ada kaitannya dengan kakitangan pengurusan universiti berkenaan.

Ketua Pemudanya, Suhaizan Kaiat berkata, desakan dibuat pihaknya kerana dalam rakaman berdurasi tiga minit 47 saat tersebut menunjukkan kakitangan berkenaan yang didakwa melakukan salah guna kuasa dalam mempengaruhi audiennya untuk menyokong kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN) Beliau berkata, Peraturan 21 dalam Perintah Am Kerajaan Bab ‘D’ secara jelas menyebut bahawa kakitangan kerajaan dari Pegawai Kumpulan Pengurusan Tinggi dan Kumpulan Pengurusan Profesional dilarang mengambil bahagian dalam politik atau memakai lambang parti politik.

“Video yang dimuat turun sejak dua minggu lalu kini sudah disaksikan kira-kira 66,000 orang,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Suhaizan berkata, satu memorandum juga akan diserahkan kepada Naib Canselor UTHM pada hari ini berhubung perkara berkenaan.

Sementara itu, pejabat pengurusan universiti ketika dihubungi mengakui sedia maklum berhubung video terbabit yang dimuat turun dalam YouTube sejak dua minggu lalu. -SH

Komen Anda

0 Responses to "UTHM : Video Ugut Gesa Sokong BN?"