
"Tahun lepas, belanjawan negeri RM4 bilion. Dengan tambahan royalti minyak, kita bercakap tentang RM7.2 bilion.
"Dana tambahan ini boleh disalurkan kembali kepada rakyat," kata Chia ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
Chia menjelaskan bahawa belanjawan alternatif itu bertujuan mempamerkan cadangan Pakatan untuk menaikkan pendapatan meningkatkan pendapatan boleh guna dan taraf sosio-ekonomi rakyat Sabah.
Antara lain, belanjawan itu juga menggariskan pemberian air percuma untuk 20 meter padu yang pertama seperti yang dilaksanakan di Selangor sekarang ini. -MK
Komen Anda
0 Responses to "Royalti 20% : Pakatan Sabah tunjuk cara guna "