Friday, 26 October 2012

Robert Phang Dakwa Dana 40 Juta Luar Biasa

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan akan menetap duluan (precedent) yang luar biasa jika tiada ketelusan terhadap sumbangan RM40juta yang disalurkan kepada Umno Sabah.

"Jika tidak ditangani dengan baik, Perdana Menteri akan dianggap membiarkan perbuatan itu," kata Bekas Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Robert Phang.
"Ia bermaksud bahawa jika seseorang ditangkap (menyalurkan) dana, ia dianggap sebagai sumbangan politik dan jika dia tidak ditangkap, maka ia dikira 'sendirian berhad'," kata Phang berkata dengan sinis.

"Ini akan memudarkan usaha kerajaan membanteras rasuah dan membawa Program Transformasi Kerajaan ke arah sia-sia jika perkara ini tidak dilakukan dengan telus.

"Ia akan menetapkan duluan yang buruk dan membahayakan BN kerana membenarkannya."

Semasa Persidangan Persatuan Antarabangsa Pihak Berkuasa Antirasuah (IAACA), isu sumbangan politik dibangkitkan dan panel bersetuju ia boleh dianggap sebagai rasuah jika ia tidak dilakukan secara telus.

Semalam, Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno yang kini ahli parlimen Bebas Lajim Ukin berkata, beliau tidak pernah tahu Umno Sabah mempunyai begitu banyak wang. - SK

Komen Anda

0 Responses to "Robert Phang Dakwa Dana 40 Juta Luar Biasa"