Sunday, 21 October 2012

PR Kedah Dipalitkan Kesalahan UMNO?

Satu dakwaan berlaku iaitu seorang AJK Umno di Kedah (kiri - gambar suspek dari blog Kedahkini) terbabit dengan pembayaran RM2.55 juta kepada lima kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor bagi penyenggaraan tujuh perumahan awam kos rendah (PAKR) pada tahun 2010-2011.

Laporan Ketua Audit Negara menyebut projek yang dimaksudkan ialah Taman Seri Gemilang, Flat seberang Terus, Taman Wira, Flat Alor Malai, Flat Simpang Kuala, Flat Seberang Terus, Flat Tongkang Yard dan Taman Kota Nelayan.

Bagaimanapun, menurut sumber, individu ini pernah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.

“Orang ini adalah AJK Umno Bahagian Kuala Kedah tetapi kini dilaporkan melepaskan jawatan) tetapi masih memegang jawatan ad hoc dalam Umno.

“Tetapi dia merupakan orang kuat bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid.

“Dia juga adalah orang kanan Datuk Rasli Basir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang didesak meletakkan jawatan,” kata sumber itu lagi.

Bagaimanapun, Mahadzir yang kini ketua pembangkang DUN Kedah ketika dihubungi berkata, kerajaan negeri cuba mengalih isu kelemahan pentadbiran dengan cuba mengaitkan beliau dan Umno.

Katanya, sepatutnya kerajaan negeri mengambil tanggungjawab kerana ia berlaku dizaman sekarang.

“Saya kenal dengan individu ini tetapi dia bukan AJK Umno..mungkin penyokong saja.

“Saya minta kerajaan negeri menyiasat perkara ini untuk mendapatkan kebenarannya,” kata beliau lagi. -FMT

Komen Anda

0 Responses to "PR Kedah Dipalitkan Kesalahan UMNO?"