
Ketika kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Nadzirah, 22, mengunjungi pasar raya berkenaan seorang diri untuk membeli kasut yang akan dipakai pada majlis konvokesyennya Sabtu ini.
Menurut pelajar Ijazah Sains Perhutanan itu, dia pada mulanya didatangi dua lelaki berusia dalam lingkungan 40-an yang mendakwa pelajar sekolah pondok dari Brunei dan meminta bantuannya menunjukkan kedai buku agama di pasar raya berkenaan.
Ujar Nadzirah lagi, salah seorang daripada mereka kemudian memberikannya sebiji batu berwarna merah sebagai tanda terima kasih.
"Mereka selepas itu mengajak pula saya ke sebuah restoran makanan segera berhampiran untuk berbicara mengenai agama. -Kosmo
Komen Anda
0 Responses to "Pelajar rugi RM8,000 kena pukau"