Wednesday, 3 October 2012

Kekurangan infrastruktur isu utama pengundi Sabah?

Jumlah pengundi yang merasakan Sabah berada di landasan betul semakin menurun semenjak 2009 disebabkan jumlah pendatang haram tinggi, tahap rendah kemudahan insfrastruktur dan kurangnya pembangunan menjadi kebimbangan utama pengundi  menurut tinjauan Merdeka Center yang diedarkan hari ini.

Peningkatan kebimbangan dikalangan rakyat Sabah boleh dieksploitasi oleh Pakatan Rakyat (PR) dalam melawan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang, kata tinjauan tersebut lagi.

Menurut Merdeka Center, hanya 54 peratus pengundi yang mereka tinjau merasakan negeri tersebut sedang berada di landasan yang betul menurun 12 peratus berbanding dengan 66 peratus dalam tinjauan dilakukan pada November 2009.
53 peratus dari pengundi berpendapat masalah pendatang tanpa izin adalah masalah paling utama dihadapi di negeri kubu kuat BN, mengesahkan keputusan perdana menteri untuk mengadakan Inkuiri Suruhanjaya Siasatan di Raja (RCI) bagi menyiasat perkara ini.

"Antara lima sebab penurunan sokongan kerana kekurangan pembangunan ekonomi dan infrastruktur serta kos hidup yang meningkat," kata Merdeka Center.

"Tinjauan juga menunjukkan ramai yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan politik serta masalah pendatang tanpa izin."

Mereka yang merasakan Sabah berada dilandasan yang betul pula berkata mereka berpuas hati dengan pembangunan ekonomi dan keamanan berterusan di dalam negeri.

Menurut tinjauan, 87 peratus bersetuju dengan penubuhan RCI berkenaan isu pendatang tanpa izin.

Tetapi Merdeka Center turut mengatakan cuma 54% sahaja yang yakin dengan suruhanjaya itu dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Tinjauan juga mendapati pengundi di Sabah mempunyai pandangan yang bercampur tentang motif penubuhan suruhanjaya tersebut, dengan 46% berkata "satu cara untuk menangani pendatang tanpa izin", sementara 36% lagi berkata "ia cuma gimik politik untuk meredakan kemarahan rakyat Sabah sebelum pilihan raya".

Dalam bancian 2010 dalam negeri Sabah menunjukkan peningkatan 390 peratus dari 636,431 kepada 3,120,040 penduduk di Sabah pada 2010 - melebihi dua kali ganda dari pertumbuhan penduduk negara iaitu sebanyak 164 peratus.

Dari 3.12 juta penduduk Sabah hari ini, 27 peratus daripadanya adalah pendatang asing.

Tinjauan ini dilakukan oleh Merdeka Center pada bulan September. Tinjauan ini ditaja secara bersama oleh Merdeka Center dan syarikat konsultasi serantau.

-TMI

Komen Anda

0 Responses to "Kekurangan infrastruktur isu utama pengundi Sabah?"